Sahabat

Halaman

10 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 131 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 10, 2020

Assalamualaikum wbt


Ahad : 10/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-54

Ramadhan : Hari Ke-17

Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam...

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu semua...

View pagi ni...

Pukul 9 lebih aku dah gerak nak balik ke Subang. Semoga dipermudahkan perjalanan aku nanti 

Sampai Batu Anam tiba-tiba aircond aku tak sejuk. Berpeluh juga la aku kat dalam kereta tu. Akhirnya aku buka tingkap bagi angin masuk. Sampai Gemencheh nasib baik ada workshop yang buka.. 

Bila pomen tu kata ada benda terbakar (aku lupa dia sebut apa ntah nama benda alah tu), baru aku teringat semalam masa lalu kat Labis, aku ada terbau benda hangit. Anak aku pun ada tegur pasal bau tu. Tapi oleh sebab aku tengok temperature ok je, kereta pun ok je boleh gerak, so aku abaikan je la. Aku ingatkan tu bau dari luar...

Teruk dah piring ni...

Terpaksa la ganti baru... Takper lah.. buat siap2 supaya tak pening nanti kalau apa2 berlaku tengah jalan. Dah le musim PKP ni...



Peramah betul tokei bengkel ni. Memang rezeki aku la jumpa bengkel ni padahal tadi aku dah terlajak ke depan.. kalau ikutkan kat depan tu pun ada banyak bengkel lain, tapi hati aku tergerak nak pergi bengkel ni. Tokei tu pun macam2 info dia bagitau aku.. macam2 dia nasihat aku pasal kereta ni. Dia sendiri cakap, hati2 jangan sampai kena tipu sebab sekarang ramai orang yang suka ambil kesempatan. Tapi memang betullah. Harga barang kat kedai dia memang jauh lebih murah dari yang dekat area rumah aku kat Subang tu. Walau tak semua bengkel macam tu, tapi kebanyakannya memang nak ambil kesempatan je bila perempuan yang datang. Mentang2 la perempuan ni tak faham sangat pasal kereta...

Punyalah ramah, sampai dia kata, aduh... Tangan dah berhenti buat keje, tapi mulut i ni masih susah nak berhenti cakap.. lepas tu dia sambung cerita yang dia suka Ustaz Ebit Liew. Hari2 tengok fb Ustaz EL.. Dia kagum dengan Ustaz yang membantu orang tak kira bangsa apa.. agama apa.. 

Elok jer dalam 10 minit aku gerak dari bengkel, hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa bawak slow... Dalam pada tu terlepas juga jalan ke Hutan Percha... Biasa aku akan ikut jalan tu kalau nak ke Tol Simpang Ampat. Oleh sebab dah terlepas, aku ikut jugalah jalan Tampin tu...


Sampai USJ, aku singgah Restoren Ubi Kayu untuk tapau kuih muih. Ingat datang awal sebelum pukul 4 orang tak ramai, rupanya beratur panjang juga.  

Macam2 pilihan ada..


Lauk pauk pundpun ada...

Roti John, Taufufa dengan Tepung Pelita. Alhamdulillah.


Tengah malam aku membakar otak2 pulak.
Mabeles!



….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA

10/05/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review