Sahabat

Halaman

22 Mei 2020

Chapter 5 : Mei 2020 ~ Page 143 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Mei 22, 2020
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 22/05/2020

PKP / MCO : Hari Ke-66

Ramadhan : Hari Ke-29

Petang semalam agak cemas jugalah bila kerajaan umumkan yang tiada lagi permit merentas negeri yang dikeluarkan di balai polis. Macam aku permit dah dapat, cuma masih belum merentas negeri lagi. Risau juga kalau kat SJR diorang suruh patah balik. Naye je.. mau menangis tak berlagu...

Tapi malam semalam aku dah wasap Ketua Jabatan Trafik Selangor... Mohon pencerahan dari beliau. Dan Alhamdulillah, esok aku akan bergerak balik ke kg dengan yakinnya...


Pagi ni aku bersahur megi... Malas nak masak nasi.

Bakar otak2...
Aku keluar rumah dalam pukul 10lebih pagi. Singgah ofis dulu ambik barang aku yang baru sampai melalui pos. Pergi hantar kuih raya dulu kat kat kawan aku. Lebih kurang jam 11 lebih baru aku masuk hiway...

Kat sempadan Selngor - Negeri Sembilan ada SJR. Alhamdulillah tunjuk jer surat kebenaran, dia suruh jalan. Lega rasa...

Oleh sebab merentas daerah dibenarkan, aku dah janji dengan asben nak jumpa terus kat rumah mak di Segamat. Sebab anak2 aku ada kat rumah mak. Kiranya kami nak dok rumah mak sampai raya ketiga la sebelum balik Kota Tinggi.

Hujan lebat dalam perjalanan ke Segamat.

Sampai Segamat terus pergi Jakel nak cari baju raya. Pakai mask, pakai spec dengan harapan takder la terserempak dengan kawan2 lama aku... Bukan apa, segan.... Segan sebab aku makin gemuk ni.
Hahaha


Lepas survey baju raya kat Bandar Segamat, aku terus pergi rumah kakak aku kat Taman Yayasan. Memang aku plan nak balik rumah mak aku kat Felda Pemanis lambat sikit. Esok baru nak balik sekali dengan asben aku.. letak kereta dia kat rumah kakak aku. Tapi bila baca balik berita2 kat FB yang aku terlepas, katanya ziarah raya hanya dibenarkan pada raya pertama. Selepas jam 12.05malam dikira melanggar SOP. Ah sudah! Aku takper lagi sebab aku ada permit. Macamana pulak dengan asben aku nanti? Dah le nak gerak balik kota tinggi pada raya ketiga... Kena saman nanti tak pasal2 jer... Takkan raya pertama nanti dah nak kena gerak balik Kota Tinggi pulak. Akhirnya aku buat keputusan... Aku bagitau asben aku tak payah balik Segamat. Tunggu jer kat rumah kota. Nanti seawal pagi raya aku gerak balik sana dari Segamat.

Hari ni akudni aku berbuka rumah long..

Dia masak sup tulang rusuk...

Malam aku menampal batu kat tudung raya. Biar tudung murah asalkan nampak mahal.

Ye ke?

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



22/05/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review