Assalamualaikum wbt
Isnin : 04/05/2020
PKP / MCO : Hari Ke-48
Ramadhan : Hari Ke-11
Hari kedua kat Kg Sungai Telor, Kota Tinggi. Bahagia rasa bila berada di sekeliling orang-orang yang kita sayang. Takder lah aku kebosanan hari-hari. Nak berborak pun takder geng. Dinding rumah pun agaknya dah malas dengar aku bercakap dengan dia. Dia tak boleh balas balik...
Hari ni aku takder keluar ke mana-mana... Tugas hari ni cuma bersihkan rumah je mana yang sempat. Iyalah... Rumah ni asben ngan anak2 aku yang duduk. Asben memang memanjang sibuk pergi kerja. Anak2 pula kalau mengemas, ala kadar je.. asal buat. Sebab tu kat penjuru2 rumah, kat bawah meja / rak penuh dengan abuk. Bilik diorang sendiri pun karang mengemas. Peningggg mak nak oiiiii...
Dah usai semua, baru fikir untuk masak... Hari ni takder nasi.. mama masak bihun goreng je dengan ayam korea. Donut mama buat setengah kilo.. jadilah untuk bagi kat jiran2. Jiran depan rumah, mak mertua aku.. jiran sebelah kiri rumah, adik ipar aku... Jemput2 sayur untuk makan malam nanti (moreh)
Bihun goreng guna apa saja yang ada... |
Ayam Korea katanya... |
Pak mertua bagi satu bekas, adik ipar bagi sebekas. |
Donut mama yang hodoh sikit... |
Jemput pun ada. Mama bancuh, papa goreng... |
Si Kacaque yang paling letih berpuasa. Tido jer kejenya... |
….......................................................................................................................................
04/05/2020
0 comments:
Catat Ulasan