Sahabat

Halaman

12 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 164 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 12/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-87

Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku dibuatnya... Nasib baik pagi sebelum sampai ofis aku sempat pergi beli makanan dulu... Kalau tak mau lagi teruk aku jadi harimau...

Beli kuih dengan nasi kerabu tapi sempat makan kuih jer pagi ni...

Tengahari diorang ajak makan kat Summit.. sambut besday Faizah.. diorang pukul 12 dah gerak ke Summit. Aku terlambat sikit sebab settlekan kerja dulu.. pukul 1 baru aku gerak dari IPD...

Padahal Nasi Kerabu yang aku beli tadi tak sempat makan lagi. Aku order Mee Kari untuk makan tengahari tu dengan diorang.

Balik dari Summit aku melencong ke Eco Shop kejap. Sempat masuk ke Longwan yang baru bukak sederet ecoshop tu... (Tapi Longwan kat tingkat 1)

Masuk Eco nak mencari pasu sebenarnya... Hobi baru katanya.. nak menanam pokok. Hahaha

Masuk opis konon nak makan la nasi kerabu tu... Malangnya dah basi... Ada bau.. tak berani nak makan... Sayang betul bila terpaksa buang.

Sebelum balik fitik dulu.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/06/2020




11 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 163 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 11/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-86

Hari ni merempit pergi kerja. 

Asalnya aku nak pergi cari Nasi Kerabu yang Nieza makan semalam. Nampka menarik betul Nasi Kerabu dia. Berbekalkan dengan panduan yang diberikan Nieza, aku cuba la cari tempat yang jual tu, tapi tak jumpa. Last2 aku pergi tapau Nasi Lemak Carlos kat USJ... aku mintak letak daging, tapi tak tau kenapa bau daging tu kuat.. macam bau daging kambing pulak. Oleh sebab was-was, aku tak makan la...

Nasib baik memang ada bawak megi ni dari rumah... makan ni jer la kat opis

Biskut Dahlia ni aku beli kat S.I Ruzita. Memang pelanggan tetap dia setiap tahun aku ni. Sedap. Cair kat dalam mulut...

Snake Plant ni Kak Sariha bagi. Seronok betul aku dapat. hahah. Nak beli mahal...

Malam2 masak  jemput-jemput air panas. Cicah dengan rendang ayam dan sambal kacang. Peh! Sedapnya.. sapalah yang masak ni. Pandai betul. haha!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/06/2020




10 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 162 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 10/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-85


Kerja hoi! Tak banyak nak cerita hari ni.. Terlalu sibuk... Kerja hakiki dan kerja sendiri. 

Settlekan untuk penghantaran kepada pembeli yang guna Shopee...
Hal siang hari ni memang aku tak dan nak cerita.. Makanan pun tak sempat nak makan. Nasib baik perut aku ni mampu bertahan... Tak gastrik.

Balik kerja, sambung update blog. Banyak sangat dah tertinggal ni.. Sambil2 tu makan Chocojar yang aku beli dari Sue ni. Bekas macam ni RM13. Boleh tahan sedap, lebih2 lagi perut aku memang tak isi apa pun lagi hari ni. Memang ngam la... Ngap!!!! Senyap2... Diet? Tahun depan la start...

Pastu aku buat Mango Milk Juice ni.
 So yummmyyyyy!
Delicious.
Aummmmmm!



Daaaaaaaaaaaaa!

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



10/06/2020







09 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 161 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 09/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-84

Hari ni aku off. Maknanya hari ni dah hari keempat aku tak kerja. Esok baru aku kerja macam biasa.


Aku merempit pergi Sungai Buloh cari kedai kraf sebab nak cari bahan sikit untuk buat extender topeng muka tu... Sebelum datang tadi aku dah call kedai ni dan dia kata barang yang aku cari tu ada stok. So oklah... Lagipun lama tak merempit.

Alang2 dah ke Sungai Buloh tu ( bunyi macam SB tu jauh je kan dari rumah aku.. padahal sebelah je ), aku singgah la tapau masakan Padang kat Kedai Makan Kak Anne Masakan Padang. Rindu dengan masakan sana. Dulu masa baru2 balik dari Gunung Kerinchi, kat sini la kami melepaskan rasa rindu sambil bercerita tentang kenangan2 masa kat sana.

Faizal, Anum, Nadhra, Suhaimi, Azrizal, Nornie... Geng ni semua memang sporting termasuk la guider kami Si Ferdi.










Aku suka beli makan kat sini sebab bukan saja masakan dia enak, malah murah pulak tu. Macam ni aku beli cuma RM7 je. Kalau kat tempat lain aku ambil daging tu je pun dah berapa agaknya aku kena.



Balik dari Sungai Buloh lalu Paya Jaras aku singgah beli air herba ni. Ada kurang sikit rasa dia, so aku tambah asam boi lagi sikit. Baru ngam!

Sambung buat lagi... Banyak betul permintaan. Alhamdulillah

Goreng Jemput2 Air Panas makan cicah dengan sambal kacang. Wow! Memang sedap.

Ok gais jangan pelik gambar apa yang aku masukkan ni. Ni gambar bumbung beranda rumah aku. Takder keje kan. Saja baring2 ambik angin kat luar tu, sambil serah diri kat nyamuk.

Sekejap je layan perasaan kat luar, pastu tak tahan kena gigit nyamuk. Lari terus masuk rumah.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



09/06/2020

08 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 160 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 08/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-83


Hari ni cuti umum. So kita guling2 jer kat rumah. Macam biasa... New normal katanya . Ahaks. Tak lama lagi new size. Makin melebar...

Pagi ni aku bersarapan dengan menu semalam. Panaskan jer la apa yang ada.. tak baik membazir... Rendang Ayam ni makin dikeringkan makin sedap pulak.

Sambal Kacang dan Sate Goreng

White Coffee Hazelnut Super Izzue Islam. Memang sedap... Lebih kurang je dengan rasa kalau beli kat satu kopitiam terkenal tu... Orang putih kata, setanding.

Pokok Lidah Mak Mertua atau dalam bahasa omputihnya MIL Plant. Haha. Lebih dikenali dengan nama Snake Plant. Alaaaaa yang viral baru2 ni... Katanya boleh sedut habuk? Ye ke? Boleh gulung tikar la penapis udara coway.. haha.

Siapa percaya tumbuhan ni boleh sedut habuk memang lurus.

Projek siang. Sambung buat mask extender ni lagi...




Milo Farm Fresh 

Repeat makan.

Eh makan lagi! Nasi Goreng Kampung dan Tomyam Daging order dari Restoren Tomyam Udang Galah. Foodpanda la yang menghantarnya. Sedap. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



08/06/2020



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review