Assalamualaikum wbt
Isnin : 08/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-83
Hari ni cuti umum. So kita guling2 jer kat rumah. Macam biasa... New normal katanya . Ahaks. Tak lama lagi new size. Makin melebar...
|
Pagi ni aku bersarapan dengan menu semalam. Panaskan jer la apa yang ada.. tak baik membazir... Rendang Ayam ni makin dikeringkan makin sedap pulak. |
|
Sambal Kacang dan Sate Goreng |
|
White Coffee Hazelnut Super Izzue Islam. Memang sedap... Lebih kurang je dengan rasa kalau beli kat satu kopitiam terkenal tu... Orang putih kata, setanding. |
|
Pokok Lidah Mak Mertua atau dalam bahasa omputihnya MIL Plant. Haha. Lebih dikenali dengan nama Snake Plant. Alaaaaa yang viral baru2 ni... Katanya boleh sedut habuk? Ye ke? Boleh gulung tikar la penapis udara coway.. haha.
Siapa percaya tumbuhan ni boleh sedut habuk memang lurus. |
|
Projek siang. Sambung buat mask extender ni lagi... |
|
Milo Farm Fresh |
|
Repeat makan. |
|
Eh makan lagi! Nasi Goreng Kampung dan Tomyam Daging order dari Restoren Tomyam Udang Galah. Foodpanda la yang menghantarnya. Sedap. Haha |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
08/06/2020
0 comments:
Catat Ulasan