Isnin : 29/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-104
Hari ni aku kerja sampai pukul dua lebih jer. Apa taknya, Ainul wasap bagitau plug rumah terbakar masa dia tengah bakar otak2 dalam oven. Lepas dia wasap tu, dia terus senyap tak bagitau apa2. Call masuk voicemail, wasap tak berbalas. Mana la hati ni tak risau.
Alang2 dah balik awal ni, aku terus suruh diorang siap nak pergi beli barang dapur kat NSK Kota Damansara.
Sampai sana terus cari makan dulu. Pekena Laksasa dulu... Aku memang suka laksa dia sebab kuah dia pekat gitu. Sedap pun sedap. |
First time si Arissa dan Ainul masuk pasaraya sejak PKP aritu. Punyalah excited masa dahi dia kena tembak suhu. Hahaha |
Kek pisang ni beli kat NSK tadi. Ni potong separuh jer, separuh lagi aku simpan dalam peti ais. Tapi malangnya anak2 aku tak berapa makan pulak kek pisang ni. Rugi jer mama beli.. membazir... |
Oleh sebab semalam aku salah beli kerabu tomyam.. hari ni aku order semula kerabu maggie kat Restoren Amani Tomyam. |
Nasi Goreng Ayam untuk anak2 aku. Tapi sempat ambil gambar yang Arissa punya je.. Ainul punya aku tak sempat ambil gambar sebab dia dah bedal dulu. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan