Assalamualaikum wbt
Sabtu : 27/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-102
Pagi ni agak sibuk sikit.. sibuk memasak kat dapur sebab adik ipar dan keluarga dia ada kat sini. Aku kena settlekan sarapan sebelum jam 7.30 pagi sebab untuk dua hari ni aku ada kelas online Roket Pemasaran Momentum (RPM) oleh Najib Asaddok.
So untuk sarapan yang paling mudah, aku buat nasi goreng campak-campak dan bihun goreng juga campak-campak segala apa bahan yang ada kat dapur tu. Oklah walau simple tapi rasa yang agak sedap (mungkin) sebab semua habis... Alhamdulillah. Tiada pembaziran.
|
Nasi goreng sosej campak2 |
|
bihun goreng daging campak2 |
|
dalam jam 8.30 dah start kelas. Mujur aku dah siap memasak, mandi dan standby awal sebab inilah kali pertama aku menggunakan applikasi Zoom. Agak kelihatan sedikit jakun di situ.. maafkan aku. |
|
Sesi petang pulak.. |
|
Sambil2 ber Zoom RPM, aku teruskan hobi aku iaitu mengunyah. Haha |
|
Aku keluar bilik tengok ainul dah siap buat wonder cheese. Oleh sebab serbuk cili takder, dia buat perisa cheese original jer.. |
|
Kawan kelas aku masa sekolah dulu hantar gambar diorang ber mini reunion. Alahai jelesnya aku. Lama betul aku tak jumpa diorang. Ada tu yang kepas SPM langsung aku takder jumpa lagi sampai sekarang. |
|
Tahun ni semua dah masuk 4 siri. Kejap je masa berlalu. |
|
Bila petang, ni je wonder cheese yang tinggal. Malam, dua balang lagi selesai. Alahai. Pemakan betul budak2 ni. Sama macam mama. Haha |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
27/06/2020
0 comments:
Catat Ulasan