Assalamualaikum wbt
Ahad : 07/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-82
Mood raya msih berjalan lagi ni.. terasa-rasa nak makan menu raya lagi lebih-lebih lagi nasi impit dengan kuah kacang. Lepas raya nanti dah boleh start diet. So hari ni aku pun merajinkan diri la untuk masak menu raya.
Nasi Impit
Kuah Lodeh
Sambal Kacang
Rendang Ayam
Sate Goreng
|
Ni Kuah Lodeh yang terpaling simple. Banyak bahan yang takder. Tapi takperlah... yang penting rasa kuah lodeh tu memang ada dah. |
|
Semakin suka pulak aku buat sambal kacang semenjak dua menjak dah menjadi aku buat. Sedap. Dulu aku buat tak sesedap ni.. haha |
|
Rendang Ayam sesedap rasa hentam sajalah. Yang penting ada kerisek... rendanglah jadinya. |
|
Sate Daging My Mak. Dulu masa mak kerja kat kantin sekolah depan rumah lama atas bukit, hari2 mak buat sate goreng ni jual kat sekolah. Memang sedap sampaikan makan hari-hari pun tak jemu. Cuma aku ni derhaka sikit kat resepi mak... so kureng sikit rasa dia... tak sampai.. tu lah derhaka la lagi. |
|
Nasi Impit |
|
Nyum Nyum! |
|
Siap untuk berbahagi menu raya. haha |
Siap masak semua dalam pukul 11 lebih aku bersiap untuk keluar ke Puncak Alam. Janji dengan Seha nak jumpa kat depan UITM Puncak Alam tu sebab aku nak hantar kat dia makanan tu sikit. Masak banyak-banyak macam tu tak kan la aku nak makan sorang. Mestilah aku cari geng yang ada potensi untuk membesar dan terus membesar sama macam aku. haha
|
Lepas jumpa Seha, aku terus ke IPD untuk ambil motor. Lama sangat dah motor aku tu tak bergerak. Sampai IPD aku nampak kucing ni. Sian dia kena langgar. Masa ni tak tau lagi kaki belah mana yang patah. Lepas sorang anggota polis ni bawak dia pergi klinik, doktor tu kata tulang belakang dia patah dan jangka hayat dia pun dalam 6 bulan jer. Ya Allah kesiannya. Sekarang ni anak kucing ni dalam jagaan kawan aku yang anggota polis tu. |
….......................................................................................................................................
SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA
07/06/2020
0 comments:
Catat Ulasan