Sahabat

Halaman

30 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 182 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 30, 2020
Assalamualaikum wbt


Selasa : 30/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-105

Diet Atkins : Hari Pertama

Hari ni bermulalah misi kurus aku.. harap-harap aku tak kecundang di tengah jalan la... Kali ni aku bergandingan dengan Tini. Dia pun mempunyai misi yang sama dengan aku sebab dia pun dah kembang setaman, sama macam aku. 


Menu diet aku hari pertama. Bekalan untuk ke ofis. Telur tu untuk sarapan, ayam tu untuk lunch. Timun jepun tu aku buat macam snek. Agak2 rasa nak mengunyah, aku kunyah lah timun jepun tu. Agak2 kalau aku masih lapar, siapa2 yang cari pasal dengan aku hari ni aku kunyah dia hidup2. Haha

Siap masak dan solat, aku boleh rilek lagi guling2. Aku fikir sebab aku naik motor, lambat gerak pun takper. Boleh cilok2. Turun bawah rumah baru aku teringat yang motor aku ada kat IPD, aku tinggalkan kat sana. Terpaksa lah aku bawa kereta. Keluar kat jalan besar depan rumah pun dah sesak. Jem hoi!!!

Adeh. Apehal komputer aku ni buat hal. Berapa kali restart tak boleh juga. Terpaksa aku guna komputer satu lagi.

Tempoyak ni yang aku buat masa balik kampung aritu. Ada kawan2 yang minta, aku bagi la sorang sikit. Merasa... Ni untuk kawan aku yang bertugas kat Balai Subang Jaya. Tunggu dia datang ambil...

Balik kerja, Tini ajak pergi Mydin beli stok lauk diet. Aku on je lagipun memang aku nak pergi belikan Arissa punya pensel warna. Kesian aku tengok pensel warna dia yang lama... Banyak yang hilang.

Malam aku malas nak masak, aku makan ikan tamban bilis ni jer. Kudap2 taknak perut hantar isyarat lapar kat otak. Alhamdulillah kenyang. Sambil2 tu aku makan juga timun jepun tu lagi.

Harap-harap esok aku masih kuat nak teruskan diet ni.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



30/06/2020








0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review