ISNIN : 15/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-90
Hari ni abah aku ada checkup kat IJN. Sepatutnya bulan 5 aritu appointment tapi sebab PKP, tak boleh merentas negeri so tangguh ke hari ni. Aku tak ambil cuti sebab partner aku, Seha ayah dia pun checkup hari yang sama dengan abah aku. Sama kat IJN jugak. Takper aku bagi dia sebab dia yang akan uruskan abah dia nanti.. macam aku masih ada adik beradik aku yang lain. So nanti aku pergi jengah kejap je la.. Curi masa keluar ofis jap.
Pagi pergi kantin beli sarapan. |
Settle kan penghantaran untuk pembelian customer kat Shopee. |
Ingatkan parcel hub tu bukak pukul 8, rupanya pukul 10 baru bukak. Haha aku tak tau. Biasa aku datang sini tengahari. |
Sarapan aku beli kat kantin tadi. Spageti carbonara... |
Pergi IJN jap tapi prosedure sorang je yang boleh teman pesakit. Akak aku yang nurse tu dah masuk teman abah. So aku ke rumah abg aku jap jumpa mak aku. |
Petang naik opis atas jap nak ambik bungkusan aku yang baru sampai.. tengok diorang tengah berkumpul. Ada perbincangan... Aku mengacau daun la kejap. |
Sampai dah MiraScreen aku. Kejap je penghantarannya... Aku rasa baru dua tiga hari lepas aku order kat Shopee.. 5 🌟 untuk seller ni. |
Balik singgah beli Tealive jap. Lama tak minum Bang Bang Fresh Milk ni. Rindu. |
Nasi Arab abang aku tapaukan tadi. Tapi entah kenapa tak kena kat selera aku. So aku masuk semula dalam bekas lepas tu bekukan. Esok boleh bawak pergi kerja. |
Kek Lapis Sarawak bibik selitkan kat plastik nasi arab aku tadi. First time try perisa ni. Sedap. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan