Sahabat

Halaman

20 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 172 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 20, 2020
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 20/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-95

Hari ni aku masih kat kampung lagi di Johor... Kg Sungai Telor, Kota Tinggi.


Aku merempit ikut asben aku pergi kedai untuk beli lauk. Sebenarnya mood aku masih takder ni untuk masak.. tapi kita buat apa yang ada jer lah... 

Balik dari kedai, lalu pokok durian kat tepi halaman rumah tu... cari kut2 ada buah durian yang baru gugur.... ada la sebijik ni... Walau nampak kecil, tapi puas kalau dapat makan (sorang2). Haha

Pening tengok kawasan depan rumah ni. Lebih-lebih lagi lepas hujan. Harap cepat la siapnya...

Lecak dan becak

Isi durian yang aku kutip tadi.. yang baru gugur tu... nampak tak betapa tebalnya isi dia walau cuma durian kampung.

Isi Durian Montok

Lontong goreng. Aduh... ni la padahnya kalau main snap je gambar... tak cek dulu.. bila nak upload baru perasan yang gambar ni tak menarik langsung. daya penarik langsung tak ada walaupun rasa dia wallahhhhh! mabeles!

Petang aku mengintai dapur rumah mertua aku, tengok berbiji-biji durian ada kat dapur tu. Pak mertua aku kata tu durian lama, dah 3-4 hari punya durian. Aku pun dengan senyuman melebar, minta la durian tu untuk dibuat tempoyak. Ye la.. aku tau keluarga mertua aku ni memang tak makan tempoyak. Kalau dibiarkan mau terbuang jer durian tu nanti.

Semua ini Dalia yang punya!!! Hahaha!!! ( Sambil gelak jahat )

Mana durian yang elok, aku buat serawa durian. Aku sorang yang makan. Gemuk! hahahaha

Petang aku ikut asben pergi dobi. Kebetulan sebelah dobi tu ada kedai bundle.. so aku menyinggahlah tengok-tengok. Walaupun pakaian bundle tapi kualiti masih cantik. Cuma aku tak beli jer... mungkin tak sesuai dengan aku yang agak chubby ni... ataupun tak sesuai dengan umur aku yang muda belia ni.

Keropok lekor kat sini sedap jugak. Asben aku beli RM5 makan berdua dengan dia, tak cukup. Lupa baca doa makan kut.

Selesai mendobi, ajak asben pergi tapau Mee Bandung kat simpak Pasak... Sedaplah sikit dari mee bandung yang aku beli semalam..

Tapi aku masih frust sebab kedai mee bandung yang kat dalam kampung aku tu masih tutup lagi hari ni. 



….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


20/06/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review