Sahabat

Halaman

16 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 168 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 16/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-91


Pagi2 sarap sate. Sarjan Adam bawak. Memang Muar sangat ni... Tapi memang best. Ada lemang dan nasi impit gak. Lemang kak wani yang bawak... Aku pulak bawak Nasi Arab yang aku tak abis makan semalam. Haha

Latok. First time makan. Tak kena la dengan tekak aku. Tapi oklah setakat merasa...

Petang membawang kat opis MPV dengan kpl yati. Sampai la pukul 4.30.. terus balik...






….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


16/06/2020




15 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 167 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


ISNIN : 15/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-90

Hari ni abah aku ada checkup kat IJN. Sepatutnya bulan 5 aritu appointment tapi sebab PKP, tak boleh merentas negeri so tangguh ke hari ni. Aku tak ambil cuti sebab partner aku, Seha ayah dia pun checkup hari yang sama dengan abah aku. Sama kat IJN jugak. Takper aku bagi dia sebab dia yang akan uruskan abah dia nanti.. macam aku masih ada adik beradik aku yang lain. So nanti aku pergi jengah kejap je la.. Curi masa keluar ofis jap.

Pagi pergi kantin beli sarapan.

Settle kan penghantaran untuk pembelian customer kat Shopee. 

Ingatkan parcel hub tu bukak pukul 8, rupanya pukul 10 baru bukak. Haha aku tak tau. Biasa aku datang sini tengahari.

Sarapan aku beli kat kantin tadi. Spageti carbonara...

Pergi IJN jap tapi prosedure sorang je yang boleh teman pesakit. Akak aku yang nurse tu dah masuk teman abah. So aku ke rumah abg aku jap jumpa mak aku.

Nasiblah dari IJN nak ke rumah abg aku tak jauh sangat. Cilok ikut jalan dalam lalu depan UTM Jalan Semarak tu, tak lama sampai dah. Sekejap je aku kat sana jumpa mak.. lepas tu aku gerak balik opis dah.

Petang naik opis atas jap nak ambik bungkusan aku yang baru sampai.. tengok diorang tengah berkumpul. Ada perbincangan... Aku mengacau daun la kejap.

Sampai dah MiraScreen aku. Kejap je penghantarannya... Aku rasa baru dua tiga hari lepas aku order kat Shopee.. 5 🌟 untuk seller ni.

Balik singgah beli Tealive jap. Lama tak minum Bang Bang Fresh Milk ni. Rindu.

Nasi Arab abang aku tapaukan tadi. Tapi entah kenapa tak kena kat selera aku. So aku masuk semula dalam bekas lepas tu bekukan. Esok boleh bawak pergi kerja.

Kek Lapis Sarawak bibik selitkan kat plastik nasi arab aku tadi. First time try perisa ni. Sedap.

Perut lapar... Nasi Arab tadi tak makan... Jadinya aku order lagi Kerabu Maggie Restoren Maghi Raso ni.. Foodpanda lagi.. baru ngam kena kat tekak aku. Pedas dan masam tu yang buatkan rasa sedap lalu kat tekak. Alhamdulillah... Kenyang....

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



15/06/2020




14 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 166 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


AHAD : 14/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-89

Tak banyak aktiviti sebab fokus ke satu aktiviti je - menjahit mask extender yang orang order.

Nasi lemak untuk sarapan hari ni.
Lepas makan nasi lemak, bedal karipap pulak.



Encik Syaiful wasap aku hantar gambar tepi rumah aku.. dia kata kemungkinan ada paip bocor kat rumah aku dan tembus kat batu tu. Tapi bila aku turun bawah tengok, takder pun macam gambar tu. Aku rasa dia salah rumah ni.

Sambung buat mask extender yang orang order

Kerabu Maggie Restoren Maghi Raso. Guna khidmat Foodpanda la apalagi. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



14/06/2020




13 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 165 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


SABTU : 13/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-88


Sarapan aku pagi ni. Segala apa yang ada dalam peti ais tu aku goreng je. Malas nak masak yang lain

Mango Milk Juice kegemaranku. Ahaks!

Pergi kedai eco lagi... Barang yang dicari tak jumpa, barang yang tak dicari itu yang dibeli. Normal gais! Kedai ni kan dikenali juga sebagai kedai saka. Haha

Balik singgah beli burger kat Papa Burger. Burger dia memang sedap sebab tu setiap kali datang mesti ramai orang tunggu. Lokasi kat depan HELP University..

Rupa biasa, tapi rasa luar biasa gais. Kesedapan tu akan jadi berlipat kali ganda kalau makan masa masa betul2 lapar. Peh! Memang 'syurga'... Syurga dunia...

Lepas makan burger, goreng karipap frozen yang beli kat seha tu. Nasi tak makan, memang macam ni la.. tak kenyang2. Haha

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



13/06/2020




12 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 164 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 12/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-87

Hari ni sibuk sangat kat tempat kerja. Aduhlah... pening kepala aku dibuatnya... Nasib baik pagi sebelum sampai ofis aku sempat pergi beli makanan dulu... Kalau tak mau lagi teruk aku jadi harimau...

Beli kuih dengan nasi kerabu tapi sempat makan kuih jer pagi ni...

Tengahari diorang ajak makan kat Summit.. sambut besday Faizah.. diorang pukul 12 dah gerak ke Summit. Aku terlambat sikit sebab settlekan kerja dulu.. pukul 1 baru aku gerak dari IPD...

Padahal Nasi Kerabu yang aku beli tadi tak sempat makan lagi. Aku order Mee Kari untuk makan tengahari tu dengan diorang.

Balik dari Summit aku melencong ke Eco Shop kejap. Sempat masuk ke Longwan yang baru bukak sederet ecoshop tu... (Tapi Longwan kat tingkat 1)

Masuk Eco nak mencari pasu sebenarnya... Hobi baru katanya.. nak menanam pokok. Hahaha

Masuk opis konon nak makan la nasi kerabu tu... Malangnya dah basi... Ada bau.. tak berani nak makan... Sayang betul bila terpaksa buang.

Sebelum balik fitik dulu.


….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/06/2020




11 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 163 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 11, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 11/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-86

Hari ni merempit pergi kerja. 

Asalnya aku nak pergi cari Nasi Kerabu yang Nieza makan semalam. Nampka menarik betul Nasi Kerabu dia. Berbekalkan dengan panduan yang diberikan Nieza, aku cuba la cari tempat yang jual tu, tapi tak jumpa. Last2 aku pergi tapau Nasi Lemak Carlos kat USJ... aku mintak letak daging, tapi tak tau kenapa bau daging tu kuat.. macam bau daging kambing pulak. Oleh sebab was-was, aku tak makan la...

Nasib baik memang ada bawak megi ni dari rumah... makan ni jer la kat opis

Biskut Dahlia ni aku beli kat S.I Ruzita. Memang pelanggan tetap dia setiap tahun aku ni. Sedap. Cair kat dalam mulut...

Snake Plant ni Kak Sariha bagi. Seronok betul aku dapat. hahah. Nak beli mahal...

Malam2 masak  jemput-jemput air panas. Cicah dengan rendang ayam dan sambal kacang. Peh! Sedapnya.. sapalah yang masak ni. Pandai betul. haha!

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



11/06/2020




PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review