Sahabat

Halaman

21 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 173 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 21/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-96

Pagi ni aku dan anak-anak akan gerak balik ke Subang. Seawal pagi lagi aku dah masak untuk asben aku dan juga bekalan untuk aku makan dalam perjalanan lagi. Kalau aku sorang, memang takder masalah tapi aku akan bawa sekali anak-anak aku yang sememangnya sekarang ni memang tengah kemaruk nak makan. haha.. aku selalu pesan kat diorang... jangan sampai nanti badan jadi lebih besar dari mama.. Yerla.. mungkin sebab cuti sekolah ni tak banyak kerja nak buat, tu yang selera makan diorang makin bertambah-tambah.


Ayam masak kicap 

on the way balik Subang... henfon mama pun dah jadi macam hak dia. Penuh dengan selfie gambar dia..


Bawak bekal letak dalam bekas macam ni. Senang nak makan... 

Sampai Subang, terus singgah Pasaraya Super Seven untuk beli barang dapur..

Sampai rumah terus setting untuk tv... guna arial tv yang aku ambil kat kampung aritu... kebetulan ada satu tak pakai lagi lepas beli aritu... memang ngam la.. boleh guna dan sangat clear. Oklah tak boring anak-anak aku kat sini nanti.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



21/06/2020

20 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 172 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 20/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-95

Hari ni aku masih kat kampung lagi di Johor... Kg Sungai Telor, Kota Tinggi.


Aku merempit ikut asben aku pergi kedai untuk beli lauk. Sebenarnya mood aku masih takder ni untuk masak.. tapi kita buat apa yang ada jer lah... 

Balik dari kedai, lalu pokok durian kat tepi halaman rumah tu... cari kut2 ada buah durian yang baru gugur.... ada la sebijik ni... Walau nampak kecil, tapi puas kalau dapat makan (sorang2). Haha

Pening tengok kawasan depan rumah ni. Lebih-lebih lagi lepas hujan. Harap cepat la siapnya...

Lecak dan becak

Isi durian yang aku kutip tadi.. yang baru gugur tu... nampak tak betapa tebalnya isi dia walau cuma durian kampung.

Isi Durian Montok

Lontong goreng. Aduh... ni la padahnya kalau main snap je gambar... tak cek dulu.. bila nak upload baru perasan yang gambar ni tak menarik langsung. daya penarik langsung tak ada walaupun rasa dia wallahhhhh! mabeles!

Petang aku mengintai dapur rumah mertua aku, tengok berbiji-biji durian ada kat dapur tu. Pak mertua aku kata tu durian lama, dah 3-4 hari punya durian. Aku pun dengan senyuman melebar, minta la durian tu untuk dibuat tempoyak. Ye la.. aku tau keluarga mertua aku ni memang tak makan tempoyak. Kalau dibiarkan mau terbuang jer durian tu nanti.

Semua ini Dalia yang punya!!! Hahaha!!! ( Sambil gelak jahat )

Mana durian yang elok, aku buat serawa durian. Aku sorang yang makan. Gemuk! hahahaha

Petang aku ikut asben pergi dobi. Kebetulan sebelah dobi tu ada kedai bundle.. so aku menyinggahlah tengok-tengok. Walaupun pakaian bundle tapi kualiti masih cantik. Cuma aku tak beli jer... mungkin tak sesuai dengan aku yang agak chubby ni... ataupun tak sesuai dengan umur aku yang muda belia ni.

Keropok lekor kat sini sedap jugak. Asben aku beli RM5 makan berdua dengan dia, tak cukup. Lupa baca doa makan kut.

Selesai mendobi, ajak asben pergi tapau Mee Bandung kat simpak Pasak... Sedaplah sikit dari mee bandung yang aku beli semalam..

Tapi aku masih frust sebab kedai mee bandung yang kat dalam kampung aku tu masih tutup lagi hari ni. 



….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


20/06/2020

19 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 171 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 19/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-94

Hari ni semangat berkobar-kobar sikit... Lepas kerja hari ni aku nak gerak balik Johor. Alang-alang sekolah tak start lagi, aku ingat nak ambil anak-anak aku bawak balik Subang. Diorang pun bila mama kata nak ambik bawak balik SUbang, kemain excited lagi.



Pagi pergi singgah Restoren Klasik kat USJ 1 jap cari sarapan. First sekali aku nampak Cik Tapai ni. Ya Allah sedapnya, lama aku tak makan. 


Beli Spagethi untuk sarapan...

Mango Fresh Milk yang aku bawak dari rumah.
Sebenarnya hari ni aku dah mintak kat bos aku untuk balik awal.. Waktu rehat pukul 12 lebih aku dah gerak dah ofis menuju ke selatan.

Sampai Seremban, hujan lebat pulak. Tak semena-mena mata aku jadi mengantuk. Singgah RnR Seremban jap, rehatkan mata.

Kat depan tandas Petronas RNR Seremban... Pokok Viral ni... merimbun. Gerammmmm je aku tengok. Hahaha

Tapau Dunkin Donut dulu... mestilah Bavarian pilihan aku.. favoutite tu. ahahaha

Cantiknya awan...

Sampai kampung.. tanah yang di sodok tu tak settle lagi...

Keluar jap cari mee bandung. Mee bandung yang aku biasa beli tu tutup pulak.. frust rasa... mee bandung dia sedap. mee bandung yang aku beli ni tak sedap. hahaha

Durian frozen.






malam2 asben tapau burger

Lenanya Si Kacaque tidur


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


19/06/2020

18 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 170 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 18, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 18/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-93

Hari ni Sjn Adam bawa Rendang Daging.. Alhamdulillah... Memang favourite aku ni...

Sebelum sampai opis tadi aku singgah Restoren Klasik kat USJ 1 tapau spageti.

Kak Wani pulak bawak pulut dakap. Memang ngam la makan dengan rendang daging yang Cik Adam bawak tadi.


Petang Sjn Adam beli Nasi Goreng Kampung kat kantin IPD... Awal2 lagi dia dah cakap dia nak separuh je... Separuh lagi dia suruh aku abiskan...

Oleh sebab kat opis aku dah makan banyak, malam ni kat rumah aku buat Mango Milk Juice je.. Alhamdulillah sedap. Haha


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


18/06/2020

17 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 169 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 17/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-92

Tak banyak yang nak diceritakan hari ni. Sibuk kat ofis... Tapi sesibuk mana pun, makan tetap makan. Itu sesuatu yang mesti. Kalau perut lapar, boleh bawak gaduh wooo. Buat kerja pun tak boleh fokus.

Sarapan aku pagi ni.. agak sedikit tamak disitu.. bihun goreng dengan nasi lemak kak sal.

Ni menu makan malam aku. Kerabu Megi order kat Restoren Maghi Raso... Guna Foodpanda laaaa...

Tak kenyang... Makan karipap pulak...

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


17/06/2020


16 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 168 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 16/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-91


Pagi2 sarap sate. Sarjan Adam bawak. Memang Muar sangat ni... Tapi memang best. Ada lemang dan nasi impit gak. Lemang kak wani yang bawak... Aku pulak bawak Nasi Arab yang aku tak abis makan semalam. Haha

Latok. First time makan. Tak kena la dengan tekak aku. Tapi oklah setakat merasa...

Petang membawang kat opis MPV dengan kpl yati. Sampai la pukul 4.30.. terus balik...






….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


16/06/2020




PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review