Khamis : 25/06/2020
PKP / MCO : Hari Ke-100
Masa pergi Mydin semalam, aku ada beli sekor ikan patin. Tetiba macam teringin pulak nak makan patin masak tempoyak.. Almaklumlah stok tempoyak banyak kat rumah ni.
Seawal pagi bangun menumbuk bahan2 ni... |
Pukul 6 lebih pagi aku makan lauk ni. Dah macam makanan tengahari dah. |
Bila perut kenyang, mata mengantuk. Jalan jem pulak masa aku nak pergi kerja tu. Bertambah mengantuk dibuatnya... Nasib baik la tak tertidur atas jalan. |
Sampai IPD, Kak Wani dengan Seha ajak pergi makan roti canai pulak kat Restoren Sri Sedili USJ1... Aduhhh makan lagiii... Tapi sis tak mampu nak menolak sebab dah lama tak makan roti canai. Haha |
Dalam pukul 10lebih aku pergi opis Bekalan untuk ambil toner. Jiran Sepagar a.k.a Shahazrin jual Aiskrim Durian Musang King pulak... Sebatang RM18, 3 batang RM50. Beli la sebatang buat rasa. |
Dalam pukul 4 lebih aku intai kantin... Nampak pulak ada keropok lekor. Tapau la tiga hengget makan sambil berjalan pergi logistik |
Sampai rumah aku makan serawa durian dengan roti plak. Nampak gaya aku sorang je la yang makan |
Anak2 request nak makan satay. Aku order direct je ngan Adam Satay... Tak tau kenapa nak order kat Foodpanda, setiap batang satay tu dia nak charge container RM1. Fengsan lorrrr. |
….......................................................................................................................................