Sahabat

Halaman

27 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 179 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Jun 27, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 27/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-102


Pagi ni agak sibuk sikit.. sibuk memasak kat dapur sebab adik ipar dan keluarga dia ada kat sini. Aku kena settlekan sarapan sebelum jam 7.30 pagi sebab untuk dua hari ni aku ada kelas online Roket Pemasaran Momentum (RPM) oleh Najib Asaddok.

So untuk sarapan yang paling mudah, aku buat nasi goreng campak-campak dan bihun goreng juga campak-campak segala apa bahan yang ada kat dapur tu. Oklah walau simple tapi rasa yang agak sedap (mungkin) sebab semua habis... Alhamdulillah. Tiada pembaziran.


Nasi goreng sosej campak2

bihun goreng daging campak2
dalam jam 8.30 dah start kelas. Mujur aku dah siap memasak, mandi dan standby awal sebab inilah kali pertama aku menggunakan applikasi Zoom. Agak kelihatan sedikit jakun di situ.. maafkan aku.

Sesi petang pulak..

Sambil2 ber Zoom RPM, aku teruskan hobi aku iaitu mengunyah. Haha

Aku keluar bilik tengok ainul dah siap buat wonder cheese. Oleh sebab serbuk cili takder, dia buat perisa cheese original jer..

Kawan kelas aku masa sekolah dulu hantar gambar diorang ber mini reunion. Alahai jelesnya aku. Lama betul aku tak jumpa diorang. Ada tu yang kepas SPM langsung aku takder jumpa lagi sampai sekarang.

Tahun ni semua dah masuk 4 siri. Kejap je masa berlalu.

Bila petang, ni je wonder cheese yang tinggal. Malam, dua balang lagi selesai. Alahai. Pemakan betul budak2 ni. Sama macam mama.
Haha





….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



27/06/2020

26 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 178 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Jun 26, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 26/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-101

Yessss! Hari ni dah Jumaat... Bersemangat rasa nak habiskan hari ni. Haha.. Walaupun esok dan lusa aku ada kelas, tapi kelas online dari rumah jer. Kira oklah takder rasa penat sangat.


Pagi aku bancuh air siap2 untuk bawak pergi opis. Suka betul air yang Izzue Islam bagi ni... Sedap.. yang ni ada roasted hazelnut. Macam minum kat Oldtown White Coffee.
Ikan patin masak tempoyak dengan makaroni goreng yang aku buat semalam... Panaskan jer.. tak baik membazir.



Sampai opis tengok2 Sjn Adam bawak Nasi Dagang yang dia masak guna Thermomix. 

Beli Choco Bum dari Sarjan Rafiedy... Support anak dia meniaga...

Hari ni besday Seha... Beli kek je tanda ingatan...

Besday girl

Team COPS...

Tengahari aku, kak wani dengan as pergi makan kat Kedai Cikgu. Sebenarnya bertahun2 aku dok keje kat USJ ni, ni la kali pertama aku makan kat sini. Sedap... Aku biasa dengar diorang pergi makan kat Kedai Cikgu, tapi hati tak pernah tergerak nak pergi. Sedap rupanyaaa..


Banyak pulak kaki ayam dia letak. Aku pass kat kak wani.

Makanan sarapan ni aku makan petang.

Malam ni adik ipar aku satu family tidur rumah aku.. alang2 aku mintak la dia tengokan tangki rumah aku tu.

Pelampung rosak kut.



Muka kena paksa jadi model tudung mama. Haha

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



26/06/2020

25 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 177 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Jun 25, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 25/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-100

Masa pergi Mydin semalam, aku ada beli sekor ikan patin. Tetiba macam teringin pulak nak makan patin masak tempoyak.. Almaklumlah stok tempoyak banyak kat rumah ni. 


Seawal pagi bangun menumbuk bahan2 ni... 

Pukul 6 lebih pagi aku makan lauk ni. Dah macam makanan tengahari dah. 

Bila perut kenyang, mata mengantuk. Jalan jem pulak masa aku nak pergi kerja tu. Bertambah mengantuk dibuatnya... Nasib baik la tak tertidur atas jalan.

Sampai IPD, Kak Wani dengan Seha ajak pergi makan roti canai pulak kat Restoren Sri Sedili USJ1... Aduhhh makan lagiii... Tapi sis tak mampu nak menolak sebab dah lama tak makan roti canai. Haha

Dalam pukul 10lebih aku pergi opis Bekalan untuk ambil toner. Jiran Sepagar a.k.a Shahazrin jual Aiskrim Durian Musang King pulak... Sebatang RM18, 3 batang RM50. Beli la sebatang buat rasa. 

Dalam pukul 4 lebih aku intai kantin... Nampak pulak ada keropok lekor. Tapau la tiga hengget makan sambil berjalan pergi logistik 

Sampai rumah aku makan serawa durian dengan roti plak. Nampak gaya aku sorang je la yang makan

Anak2 request nak makan satay. Aku order direct je ngan Adam Satay... Tak tau kenapa nak order kat Foodpanda, setiap batang satay tu dia nak charge container RM1.

Fengsan lorrrr.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



25/06/2020

24 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 176 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Jun 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 24/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-99


Pagi ni masak makaroni goreng inspired by Cafe UTM Space Jalan Tun Razak. Dulu aku suka betul makan makaroni kat situ. Tapi sekarang bangunan tu bukan lagi kepunyaan UTM dan cafe tu pun dah bertukar tuan... 


Ni kerepek yang beli kat Puan Najah semalam. Aku bangun tidur tengok setengah dah abis anak2 aku makan.

Waktu rehat sempat gak aku perfi Mydin jap

Balik dari Mydin baru sempat makan Nasi Dagang yang Seha belikan. Alhamdulillah rezeki aku hari ni.

Balik rumah aku tak masak dah.. anak2 kata diorang kenyang sebab banyak makan makaroni yang aku buat pagi tadi. Tapi yang peliknya, bila aku keluarkan kek marble yang aku beli kat Mydin tadi, masing2 berebut makan. Kejap je licin... 

Bertambah pelik bila diorang mintak aku bakarkan otak2.

Aikkkk?
 Tadi kata dah kenyang????

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



24/06/2020

23 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 175 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 23/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-98

Aku ni dah rasa badan aku ni lebih berat dari kereta aku. Lebar pun dah lebih lebar dari Encik Meja kat opis aku tu. Aduh. Pening kepala. Aku ngadu kat TIni... yer lah.. aku dengan dia sama nasib... berat badan makin berjaya mencapat peringkat yang paling tinggi. Akhirnya kami sama-sama buat keputusan untuk mulakan diet bermula Isnin depan. Sama-sama saling memberi semangat.

So... minggu ini adalah minggu makan apa jer yang kami rasa nak makan! haha!


Nasi Goreng Anakku Tabur Cili Padi mabeles untuk aku bawa bekalan ke opis hari ni.

Sampai ofis agak awal sikit... baru lepas hujan.. aku duduk dulu dalam kereta sambil dengar Suria.fm

Waktu rehat aku lari jap pergi Mydin. Ingat nak cari tanah, tapi stok takder. Penyudahnya aku beli anak pokok pandan.

Donut Big Apple untuk lunch

Beli Kerepek Pisang Tanduk ni dari Puan Najah

Balik rumah singgah beli Sushi 4u.. Si Arissa yang mintak nak makan sushi ni.

Nyum nyum!


….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


23/06/2020

22 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 174 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Jun 22, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 22/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-97

Tak tau nak cerita apa hari ni. Tengok jer la apa yang ada.. Ni la padahnya kalau cita2 / azam nak menulis diari setiap hari untuk tahun ni, tapi seminggu sekali baru nak update... kumpul sekaligus untuk seminggu. Habis semua lupa... Tulis cuma berdasarkan gambar yang ada dalam gallery jer. 

Teruks!


Sebelum pergi kerja, aku masakkan Nasi Goreng Anakku untuk diorang. Memang diorang tu request nak makan nasi goreng jer hari2. 

Sampai opis, diorang ajak pergi sarapan kat Restoren Klasik USJ 1.. aku on jer... Spagethi la yang aku makan cuma masakan diorang hari ni tak tau la kenapa macam agak sedikit kureng. Nyesal pulak aku ambik ni. haha

Pencapaian aku sepanjang hidup. Pasang mentol lampu bilik anak aku... punyalah gayat nak panjat tangga.. seksa. hahahaha

Makanan diet aku... confirm kurus. Dalam mimpi...

Malam-malam makan durian lagi...

Menghabiskan stok makanan frozen dalam peti ais... kejap je settle bila anak2 ada kat sini.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



20/06/2020

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review