Assalamualaikum wbt
Sempena dengan promosi yang di buat oleh pengurusan Menara Kuala Lumpur iaitu " WE ARE FREE " yang berlangsung dari 1 - 31 Julai 2020, aku tidak ketinggalan merebut peluang ini. Inilah masa yang sesuai untuk aku bawa anak-anak aku naik ke KL Tower, melihat keindahan Kuala Lumpur pada waktu siang. Cuma masa aku pergi tu lebih kurang jam 9.30 pagi kat atas tu, so saki baki kabus masih ada lagi. Kalau pergi tengahari, mesti lagi cantik pemandangannya. Tapi tak kisahlah... asalkan merasa juga naik ke atas tu dengan harga yang lebih murah.
Sehari sebelum pergi ke sana, aku dah beli tiket secara online.. mula-mula memang ingat nak ambil yang percuma tu tapi bila fikirkan semula, aku macam teringin pula nak naik kat sky deck tu... cuma aku hairan sebab sampai ke malam aku masih tak dapat tiket online tu. So malam aku pun emel pihak Menara KL dan bagi detail pembayaran... rupanya ada masalah teknikal masa aku booking tu.. sebab tu la tiket tu tak dihantar ke emel aku.
So pagi tadi pihak Menara KL dah emel kat aku tiket tu... bolehlah aku pergi ke sana dengan tenang. haha
Gambar-gambar sekitar aku kat sana. Saja simpan banyak-banyak kat sini buat kenangan. Cuma tu lah.. guna henpon murah... pemandangan KL tak nampak sharp. Macam yang aku cakap tadi, mungkin kalau aku pergi tengahari sikit ok kut. Terang.
|
Baru sampai... |
|
Nasib baik kat Sky Deck tak ramai orang sangat. Kalau korang nampak yang sebelah sana tu, itu yang menunggu untuk observation deck. InshaAllah kalau sempat sebelum habis promosi aku nak try yang free tu pulak. |
|
Menunggu |
|
Tunggu kat dalam bilik ni dulu. Sementara tu boleh tengok video tentang Menara KL yang ditayangkan di depan bilik. |
|
Awasi jarak anda |
|
Tunggu turn untuk bergambar di Sky Box |
|
Muka cuka |
|
KL di waktu pagi |
|
Masa aku turun tu dalam pukul 10.30am, orang dah beratur lagi panjang dekat laluan untuk ke observation deck. So pasni kalau aku nak datang lagi untuk merasa naik yang ni,aku akan pastikan datang seawal pagi... |
|
panas hoi |
|
Turun dari Menara KL terus ke Taman Rimba KL.. depan tu jer.. lama dah tak masuk sini. Dulu free, sekarang berbayar. |
|
Yang best kat Taman RImba ini, ada CAnopy Walk. |
|
Budak ni tak sihat sebenarnya... |
|
Harta aku paling berharga |
|
Asal ada peluang, mesti duduk. Sian dia... tapi tetap nak jalan walau aku dah kata tak payah ikut kalau tak sihat. |
|
Dan lagi... |
|
Dari bawah CAnopy Walk. Semput weh nak naik bukit sikit tu.. semput lama sangat tak bersukan. hahaha |
|
Rumah terbalik. Betul2 depan Menara KL |
InshaaAllah kalau tak ada aral, minggu depan aku akan pergi lagi dengan kawan aku, Yatz. Itupun kalau aku rasa rajin nak datang.. haha