Isnin : 06/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-111
Diet Atkins : Hari Ke- 7
Monday Blues!!!
Alahai. Malas betul nak pergi kerja ni. Rindu zaman awal2 PKP dulu. Sekali sekala jer pergi kerja, hari tak keje boleh guling guling macam tenggiling kat rumah. Pastu makan... Tidur... Makan... Tidur lgi... Alahai rindunya...
Oleh sebab ayam tadi aku tak boleh telan, so aku masak lagi telur rebus kat opis. Makan dengan ikan bilis goreng. |
Petang time nak balik keje, ngam2 hujan. Takperlah. Tunggu hujan reda baru aku gerak. Lagipun aku ingat nak pergi Mydin jap. |
Hujan reda sikit, aku merempit pergi Mydin. |
Balik rumah, aku goreng semula kepingan ayam tadi.. Makan panas2 sambil cicah sos nandos. Baru la boleh lalu kat tekak sebab ada sos. |
Malam2 rebus tulang untuk bekalan esok. Esok akan aku pastikan yang perut aku tak sempat lapar macam tadi. Dalam Diet Atkins ni kalau kita lapar or tak cukup tidur, confirm berat tak turun. Huhu! |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan