Rabu : 29/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-134
Malam tadi aku kena sakit perut lagi. Sepanjang malam mata aku tak boleh lelap menahan sakit. Sedih giler bila macam ni, aku sorang2 kat sini. Entah bila la agaknya aku ni nak ada rezeki bertukar balik Johor, duduk dengan suami.dan anak-anak aku. Ni aku dok sorang2 kat sini, kalau lah berlaku apa2 agaknya, mati pun orang tak sedar. Sedih giler bila difikirkan. Permohonan pertukaran lama aku hujung tahun 2017 pun dah expired dah.. bila mohon semula yang baru, nak sampai ke peringkat terakhir pun berbulan-bulan masih tergantung. Frust sangat... Permohonan untuk keluar jabatan langsung takder apa respon. Bila cek status online, 'akan dibawa ke mesyuarat seterusnya'.. Akhirnya bila cukup masa, expired. Kadang2 aku rasa nak quit atau berpencen awal je kalau susah sangat nak mintak tukar. Yang penting aku ada bersama dengan suami dan anak-anak aku. Aku risau, bila sampai masanya nanti aku dapat bertukar, semuanya dah terlambat. Ye la.. duduk jauh2 ni macam-macam dugaan tiba. Entahlah. Susah nak luah. Minta semua doakan yang baik-baik jer la.
Ok. Done luah perasaan.
Hari ni pukul 10 lebih baru aku keluar dari rumah. Itupun rasa macam berat hati sangat. Perut aku masih sakit. Baju pum aku pakai je apa yang ada yang tak perlu di gosok. |
Sebelum sampai opis, aku singgah Parcelhub kat Mydin USJ jap untuk drop off parcel customer shopee aku. |
Singgah beli sarapan dulu. Teringin nak makan lontong |
Ermmmmmm |
Penyudahnya aku makan kuah dan sayur2 tu je. Nasi impit dia keras semacam. Macam dah lama tersimpan dalam peti ais. Takperlah... Aku makan mana yang boleh di makan jer. |
0 comments:
Catat Ulasan