Khamis : 23/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-128
Sakit perut yang aku kena ni makin menjadi pulak. Terpaksa masuk ofis lambat, dan balik keje awal sebab nak pergi klinik. Malam tak boleh tidur, menahan sakit.
Kirim kat Kak Sariha sup ayam klasik kat USJ 1... |
Terpaksa juga pergi klinik.. lama sangat dah ni menanggung sakit... walaupun sakit tu kejap on kejap off... |
Sementara tunggu doktor buat ultrasound.. dah macam mengandung pulak dibuatnya. hahaha... |
Sedap pulak baring berselimutkan selimut klinik ni... hangat jer... haha |
Adeh. Nasib baiklah hari ni dah gaji... |
Oleh sebab aku nak makan ubat klinik, terpaksa jugalah makan makanan yang berat. Doktor dah pesan, ubat yang dia bagi tu powerful. So jangan biarkan perut kosong dan makan makanan yang berat... |
0 comments:
Catat Ulasan