Jumaat : 31/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-136
Salam Aidiladha buat semua... Hari ni kami adik beradik cuma mengemas rumah jer.. takder masak2 sebab semua kami dah order... Bukan saja menyenangkan mak kami, malah ia juga menyenangkan kerja kami. Haha...
Juadah untuk diberikan kepada jiran2 juga dah siap diasingkan oleh tukang masak ke dalam mangkuk2 bertutup. Kami tinggal masukkan setiap jenis ke dalam plastik untuk di hantar kepada jiran2. Manisnya duduk di kawasan felda. Betukar2 juadah.. macam2 masakan kita boleh rasa. Semua sedap2... Aku pun tak sempat nak ambil gambar semua. Apa yang sempat je...
Rendang Ayam |
Sambal Kacang |
Kuah Lodeh |
Suasana pagi yang tenang... Sejak awal pagi lagi dah hujan... Sejuk jer.. kalau dapat tidur memang best. |
Nyum nyum.. pandai kak long aku cari tukang masak. Sedap... |
Kekasih hati aku. Sayang dunia akhirat. |
Suka tengok bila abah ceria... |
0 comments:
Catat Ulasan