Jumaat : 03/07/2020
PKP / MCO : Hari Ke-108
Diet Atkins : Hari Ke-4
Hari keempat diet dan harap aku masih kuat untuk meneruskan diet pada hari-hari seterusnya. Dapat turunkan sikit pun jadilah.. berat sangat dah ni...
Menu sarapan aku hari ni.. |
Menu lunch aku.. Alhamdulillah kenyang sangat... |
Asben aku tetiba kata nak balik Subang hari ni... Dia naik bas pukul 5 dari Kota Tinggi so ETA dia lebih kurang pukul 10 malam.
Alang2 asben nak datang, aku plan nak bawak anak2 pergi KL Tower esok. Asben ada, oklah tu. Mula2 aku ingat nak ambil yang free tu, tapi bila google, aku rasa aku nak ambil yang Sky Deck tu la.. dapat separuh harga...
Bayaran berjaya, tapi sampai malam aku masih tak dapat tiket lagi. Kalau ikutkan diorang akan emelkan tiket tu, tapi takder. Risau gak aku... |
Masa keluar nak ambil asben aku kat TBS, aku singgah Speedmart jap beli ubat untuk diorang. Harap2 esok badan diorang kembali normal, kalau tak memang terpaksa burn la duit yang dah bayar tu...
On the way jemput asben kat TBS. Anak2 dah tidur awal dalam kereta lepas makan ubat tadi. |
….......................................................................................................................................
0 comments:
Catat Ulasan