Sahabat

Halaman

19 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 201 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 19/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-124


Ahad. Hari untuk aku berehat.... 


Jus Alpokat versi diet.. guna whipping cream dan stevia

Menu tengahari merangkap menu makan malam...

18 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 200 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 18/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-123

Lama sangat dah tak hiking dan beraktiviti luar.. so hari ni aku dan geng ( Yatz dan Tini ) plan nak ke suatu tempat yang boleh hiking / trekking secara santai supaya tak pancit. Almaklumlah berbulan-bulan dah tak bersukan, stamina puntak ada...

Setelah berbincang, kami buat keputusan untuk ke Taman Tugu, KL. Selain trek yang santai, dengar cerita banyak tumbuhan-tumbuhan yang menarik di sana. Bolehlah aku belajar untuk mengenal jenis dedaunan dan pokok-pokok yang biasa aku dengar, tapi tak tau rupa macam mana. yang ni akan aku kongsikan di entry yang berbeza nanti. InshaaAllah.

Menuju ke meetpoint kami iaitu di IPD Subang Jaya.. naik satu kereta lebih mudah katanya. Duit minyak dan tol boleh tong tong sorang sikit. So bolehlah berjimat cermat di zaman Covid-19 ni...

Parking sebelah Tugu Negara.. nak park kat parking atas semua penuh dah..

muka ada ceria walau sembap..

dari parking nak ke entrance jauh gak kena jalan kaki. tapi takper.. exercise kannnn

punyalah panjang que nak masuk tu... tapi takperlah.. yang penting kita ikut SOP..

sempat lagi berselfie...

Bila orang dewasa jumpa buai dalam hutan.. dengan harapan jumpa putera raja yang akan wariskan harta ke kita...


Balik dari Taman Tugu, ambil kereta kat IPD pastu terus ke Giant USJ... beli tanah dengan biji benih..

Menu makan malam aku...

17 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 199 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 17/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-122

Hari ni kat tempat kerja aku agak sibuk sikit. So takder lah banyak yang aku nak cerita..

Bekal aku hari ni.. Nasi Goreng Kampung Konjac dan ayam goreng...

Petang pergi logistik jap... tengok2 si Ijan dah bertukar jadi kucing. Dengan muka serius pulak tu menghadap komputer... terhibur aku dibuatnya.. apa taknya, si Ijan yang pot pet pot pet tu dah bertukar jadi serius.

Balik kerja petang tu aku bawak kereta sebab tengok langit macam menyeramkan jer... macam nak runtuh.. gelap.. berat..  sarat

Singgah kedai runcit area depan rumah jap... cari lauk sikit...

Buah yang paling rendah karbo.. makan macam tu jer memang tak sedap... tapi kalau blend jadikan jus alpokat memang sedap giler....

Jus alpokat versi atkins... takder gula.. takder susu...

Malam dok tengok pokok2 tanaman aku yang confirm tak lama lagi mati dek disebabkan oleh tangan aku yang panas ni.

Bayam Brazil di sebalik daun pandan...


16 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 198 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 16/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-121


Bekal aku hari ni. Dah berapa hari teringin nak makan ikan goreng ni. Tak tau la kenapa terbau-bau je kat hidung ni bau ikan goreng. Padahal senang je kalau nak goreng

Kak sariha boleh pulak bawak kek hari ni. Aku tengok je la.. nasib baik kek tu nampak macam tak sedap, so aku tak terliur sangat la.. (ayat pujuk hati)

Takder rezeki aku kat ikan goreng tadi sebab meletup dalam pinggan kaca time aku panaskand alam microwave kat opis tadi. Akhirnya telur rebus separuh masak la yang jadi pengganti di saat perut aku meraung kelaparan.

Balik kerja aku singgah Giant Usj jap...

Nak cuba tanam kat dalam pasu...

Lauk...

Sedapnya kalau dapat minum jus alpokat ni..

Menu diet untuk makan malam...

15 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 197 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 15, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 15/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-120

Hari ni gagahkan juga lah untuk pergi kerja walaupun aku masih tak berapa sihat... Tapi memang tak boleh nak berapa nak fokus la time keje. Aku buat apa adanya jer...

Bekal aku untuk hari ni...

Ke farmasi lagi aku hari ni..  selagi ada jenis ubat yang berkaitan, aku cuba.

Balik rumah aku masak bayam goreng. Sedap pulak aku rasa.. ye la.. aku ni spesis yang susah nak makan sayur.. sekali sekala ratah sayur, sedap pulak..

14 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 196 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 14, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 14/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-119

Hari ni aku tak kerja. Tak larat rasa... Nasib baik la aku dapat tiga hari cuti tanpa rekod... So hari ni aku ambillah sehari... Memang tak larat nak pergi kerja...

Menu diet aku hari ni. Ikan Salmon Grilled 

Dalam tengahari aku keluar pergi farmasi jap.. cari ubat... Tapi dah makan ubat pun masih tak ok lagi...

Penyudahnya sampai ke malam aku guling-guling je tak buat apa.. menahan sakit...

13 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 195 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 13, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 13/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-118


Semenjak dua menjak ni aku ada masalah kesihatan sikit. Sebenarnya benda ni memang dari zaman aku kecik aku selalu kena.. tapi kali ni agak teruk dari biasa...

Walaupun kesihatan tak berapa ok, rasa sayang pulak nak tinggalkan diet. So selagi aku larat, aku teruskan jer la... Ni je menu yang aku sempat masak. Ni la lauk sarapan, lunch ngan dinner... Air putih pula memang aku akan minum paling sikit pun 3 liter sehari...

Ni je yang aku dapat cerita untuk hari ni..

12 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 194 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 12, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 12/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-117

Bersemangat betul hari ni nak pergi jogging kat Elmina... Bangun pagi, siap2 pakai baju sukan... Keluar rumah tengok jalan macam baru lepas hujan... Licin.. takperlah.. teruskan jugak merempit ke Elmina...



Kansel jogging. Walking jer.  Tak berani pulak sebab jalan licin. Dah le aku pakai kasut badminton.. tak sesuai langsung. Haha. Kasut jogging aku dua2 tinggal kat opis...

Ni sarapan aku selepas pergi jogging tadi... Errr.. walking...

Petang hujan lagi.. abis hujan aku terus keluar pergi Segi Fresh beli ikan bilis Tamban sebab ada order sambal ikan tamban kat shopee. Orang order baru aku buat yer gais. Aku tak simpan stok lama2...

Makan malam aku

Ahad malam memang tak pernah missed tengok I Can See Your Voice. Best! 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review