Sahabat

Halaman

03 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 216 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 03/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-139




Pagi2 lagi teringin nak makan pasta goreng. Sos sebelum sampai ofis, aku menyimpang jap pergi ke Restoren Nasi Ayam Klasik USJ1 untuk beli spagethi goreng. Alhamdulillah kenyang sampai malam. 

Roti kentang yang wife Sjn Adam buat. Rajin betul... Kami gak yang untung selalu merasa masakan yang dia buat. 

Balik kerja aku singgah Pasaraya Super Seven jap cari barang sikit. Ingat esok aku nak masak mee bandung tulang kat ofis, itupun kalau aku rajin.


Sampai rumah, sambil rebus tulang untuk masak esok, aku buat vietnamese roll guna apa barang yang ada je kat rumah. Alhamdulillah.. kenyang..

02 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 215 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 02/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-138

Hari ni aku akan balik ke alam nyata. Pulang ke pangkal jalan untuk meneruskan perjuangan hidup yang penuh liku ini. Ok aku merepek.

Asben dan anak-anak aku dah gerak balik Kota Tinggi dari Segamat pukul 9pagi tadi. Aku pulak naik bas ke TBS pukul 12tengahari. Beginilah nasib aku... Aku keje kat Selangor... Suami dan anak-anak aku pulak menetap kat Kota Tinggi. 

Sis pasrah walau hati parah...


Mayang Sari jadi pilihan...


Jem gler. Masuk hiway Tangkak je terus jem... Kat RNR dan Hentian Rehat pun penuh jer semua...

Perjalanan dari Segamat biasanya ambil masa dalam 3 jam jer tapi kali ni sampai 6 jam.. lenguh pinggang... Nasib baiklah memang aku dah dapat agak dari awal. Sebab tu aku pilih untuk naik bas je. Sekurang2nya aku boleh rehat sepanjang perjalanan.

Sampai TBS, plan asal aku nak naik LRT sampai Taipan.. kereta aku tinggalkan kat IPD.. tapi memandangkan aku bawak flask mak aku yang aku isikan dengan daging dan tulang qurban termasuk ais bagi mengekalkan kesegaran daging, maka terpaksalah aku ambil Grab dari TBS ke USJ8.. lebih selesa dan paling penting, aku tak perlu berangkut berat2 barang untuk naik LRT. 
Sampai IPD aku terus masuk ofis. Simpan perut lembu yang Yatz minta... Saja simpan kat peti ais ofis terus supaya aku tak terlupa nak bawa esok. Lepas tu aku terus makan bekal yang mak aku bagi tadi. Ikan baung salai masak lemak dengan buah chepu. Ya Allah sedapnya air tangan mak aku. Puas hati dapat makan lauk yang sesedap ni. Bak kata anak aku si Ainul tu, dapat makan kuah yang nenek masak pun dah sedap. Tak payah lauknya.


Malam aku goreng karipap pulak. Karipap frozen Eka bagi. Memang sedap air tangan dia ni.. memang bersyukur lepas dia kawin ni, dia dok Paya Jaras. Dekat dengan rumah aku. Kalau tak, sebelum ni aku balik Segamat baru dapat merasa air tangan dia.

01 Ogos 2020

Ibadah Qurban 1441 Hijrah

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt

Mengapa Islam mensyariatkan umatnya melaksanakan ibadah qurban?


Ibadah qurban merupakan satu ibadah (Ta’abbudi) yang amat mulia di sisi Allah S.W.T. Di dalamnya terkandung banyak hikmah. Sejarah ibadah qurban bermula pada zaman Nabi Ibrahim A.S. ketika peristiwa penyembelihan anaknya Nabi Ismail A.S. yang telah digantikan dengan seekor kambing dengan kuasa Allah S.W.T. Ibadah qurban ini telah disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah. Mengikut istilah fiqh, qurban (al-udhiyah) bermaksud menyembelih haiwan tertentu sama ada unta, lembu atau kambing dengan niat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, pada waktu tertentu iaitu bermula setelah selesainya Solat Hari Raya ‘Eidul Adha (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyriq (11,12 & 13 Zulhijjah) kerana beribadah kepada  Allah S.W.T., iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Ibrahim A.S. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Terdapat banyak dalil daripada Al-Quran, Hadis dan Ijma’ tentang pensyariatan ibadah qurban ini. Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah qurban antaranya firman Allah S.W.T. di dalam surah al-Kautsar ayat 2 bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Firman Allah S.W.T. lagi di dalam surah al-Hajj ayat 36 bermaksud;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Selain daripada itu, terdapat juga hadis-hadis Nabi S.A.W yang menjadi dalil akan pensyariatan ibadah qurban. Antaranya sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah qurban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S. berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:
Maksudnya : “Dan Kami tebus anaknya itu (Ismail) dengan seekor binatang sembelihan (kibash) yang besar”.  


Gambar kat bawah ni masa qurban dibuat kat rumah mak abah aku kat Segamat.

Qurban, qurban juga. SOP jangan dilupakan. Kena saman boleh dibayar... Kena covid, sendiri mau ingat. 🤣🤣🤣
































Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 214 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 01/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-137

Hari ni kami akan melaksanakan ibadah qurban... Memandangkan kita masih dalam tempoh PKPP dan terikat dengan SOP, maka kami akan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. 


Lembu ni yang bakal di qurbankan hari ni..

Penyembelihan dilakukan di rumah penyembelihan di Kg Pauh, Sepinang... Setelah disembelih baru di bawa ke rumah mak abah aku di Felda Pemanis untuk di bahagikan ke bahagian2 kecil dan diagihkan kepada golongan asnaf.

Qurban selamat mendarat di rumah mak abah aku...

Mee kari yang kami order untuk sarapan petugas yang uruskan daging qurban... Termasuk kami.
Kuih talam berlauk ni aku order kat classmate aku masa sekolah dulu, Suriah. Memang sedap. Sebab tu tiap kali aku balik segamat, kalau sempat memang aku akan order kat dia. Selain talam berlauk ni, nona manis dan kek marble dia pun sedap.


Repeat makan mee kari. Nampak simple tapi kuah dia memang sedap.

Settle qurban, kak long aku masak sup tulang. Peh! Tulang baru, memang manis. Cuma aku tak berani nak makan kuah sup tu. Takut darah tinggi nanti. Haha.. so aku makan macam ni je.. dengan sambal kicap yang kak long aku buat. Memang terbaik.

Dah makan banyak hari ni, petang aku ajak kakak aku, Kak Ani keluar pergi Taman Yayasan untuk beli buah-buahan pulak. Baru balance katanya... 


Untuk gambar-gambar sepanjang qurban hari ni akan aku tuliskan di entry yang berbeza nanti. Sekadar simpanan untuk kenangan di masa hadapan nanti.

InshaaAllah

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review