Ahad : 02/08/2020
PKP / MCO : Hari Ke-138
Hari ni aku akan balik ke alam nyata. Pulang ke pangkal jalan untuk meneruskan perjuangan hidup yang penuh liku ini. Ok aku merepek.
Asben dan anak-anak aku dah gerak balik Kota Tinggi dari Segamat pukul 9pagi tadi. Aku pulak naik bas ke TBS pukul 12tengahari. Beginilah nasib aku... Aku keje kat Selangor... Suami dan anak-anak aku pulak menetap kat Kota Tinggi.
Sis pasrah walau hati parah...
Mayang Sari jadi pilihan... |
Jem gler. Masuk hiway Tangkak je terus jem... Kat RNR dan Hentian Rehat pun penuh jer semua... |
Sampai IPD aku terus masuk ofis. Simpan perut lembu yang Yatz minta... Saja simpan kat peti ais ofis terus supaya aku tak terlupa nak bawa esok. Lepas tu aku terus makan bekal yang mak aku bagi tadi. Ikan baung salai masak lemak dengan buah chepu. Ya Allah sedapnya air tangan mak aku. Puas hati dapat makan lauk yang sesedap ni. Bak kata anak aku si Ainul tu, dapat makan kuah yang nenek masak pun dah sedap. Tak payah lauknya. |
0 comments:
Catat Ulasan