Khamis : 27/08/2020
PKP / MCO : Hari Ke-163
Pagi ni aku tak buat sarapan lagi. Jiran sebelah rumah merangkap Pak Mertua aku buat jemput-jemput kelapa cicah sambal kicap air tangan dia. Ya Allah sedapnya....
Banyak hoi aku bedal. Sambal kicap tu penambah selera... |
Asben aku mintak masak sup tulang.. tapi.. tulang part apa ni??? Keluar dari peti ais, tengok.. krik krik krik.. gearbox ke apa ni? Hahaha |
Last2 aku masak ayam masak kicap je. Tulang tu nantilah esok baru aku fikirkan nak buat macamana. Tengahari ni aku buat menu simple dan senang je. |
Bertahun si Kacaque cuba untuk berbaik dengan kakak kawasan. Tapi kakak kawasan tak layan. Bukan level dia |
Jemput Ica balik sekolah |
Pak mertua hantar lagi kari ayam dengan pucuk ubi. Sedap hoi. |
0 comments:
Catat Ulasan