Sahabat

Halaman

26 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 239 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Ogos 26, 2020
Assalamualaikum wbt


Rabu : 26/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-162

Rasanya dekat dua bulan juga aku tak balik rumah ni. Bulan lepas masa raya haji kami berkumpul kat rumah mak kat Felda Pemanis, Segamat. So aku tak balik Kota Tinggi la.. asben dengan anak-anak aku pun balik Segamat...

Bila lama tak balik rumah Kota Tinggi, masuk masah je aku terus jadi tarzan. Apa taknya, luar rumah memang dah di tutup dengan lalang. Dalam rumah pulak dengan habuk dan barang bersepah.. dua bulan mama tak balik, agaknya dua bulan jugalah rumah ni tak berkemas. Tak bersapu.

Pening kepala mak, nak. Entah bila la mama dapat tukar balik bertugas kat Johor ni. Sekurang-kurangnya rumah ni boleh la mama uruskan bersama dengan diorang.


Rumput pun dah tinggi. Asben aku pun aku bebel sekali tadi. Pakej bebel dengan anak2.. tak reti la nak di mesin rumput tu. Adoiyaiiii

Daun-daun kering pun bergelimpangan tak bersapu.

Yang si oyen ni pulak bergelimpangan kat tayar motor papa. Port favourite dia..
Lepas settle bersihkan dalam rumah, pergi jemput anak-anak pulak kat sekolah. Mula2 jemput Arissa... Lepas tu keluar ke bandar ambil Ainul. Bukan takder bas sekolah, tapi dia dah request suruh mama ambil, so mama ambil la. Bukan selalu pun..

Kiri kanan depan belakang sekolah. Bertabahlah untuk cari parking.



Lepas ambil Ainul kat sekolah, aku singgah Kipmall jap cari lauk.


Dan singgah farmasi... Aku lupa nak bawak balik ubat aku.. so terpaksa lah aku beli baru. 

Balik rumah ingat nak masak tapi pak mertua suruh makan kat rumah dia je. Dalam banyak-banyak lauk, aku tertarik kat ni jer. Ya Allah.. aku tak ingat berapa banyak aku makan pucuk ubi dengan sambal kicap pak mertua aku ni. Sedap gler. Asben aku balik kerja, aku suruh dia makan rumah mak je. Aku tak masak. Alah. Rumah sebelah je. Haha

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review