Assalamualaikum wbt
Sabtu : 29/08/2020
PKP / MCO : Hari Ke-165
Hari ni pagi2 lagi ibu mertuaku dah call asben aku, bagitahu yang pagi ni dia nak balik Pontian. So dia ajak kami semua untuk ke sana, bersihkan rumah yang kat sana.
Aku ok je.. lagipun tak ada apa nak buat hari ni. Apa salahnya ke Pontian. Nak servis kereta balik nanti pun boleh.
Di persimpangan Pekan Nenas dari Kulai
Rumah pak mertua aku betul2 sebelah kolej vokasional Tanjung Piai..
Mak mertua aku aku aku tiga tahun tak boleh jalan... Terpaksa berkerusi roda kalau nak ke mana-mana
Sampai rumah Pontian, baru perasan yang masing2 perut dah berbunyi.. lapar. Keluar semula cari gerai yang ada jual sarapan. Kebanyakan dah abis. Nasib baik ada satu kedai yang masih ada makanan lagi. Yer la.. dah pukul 10 lebih masa ni. Memang la banyak makanan abis.
Sebelum gerak balik dari Pontian, singgah jeti lama jap.
Asalnya kitorang nak lepak kat tepi laut kat Pontian tu. On the way nak ke sana, hujan lebat pulak. So kami terus gerak balik ke Kota Tinggi.
Sampai Kota Tinggi, terus pergi servis kereta kat Kota Besar. Masa kat sini la tetiba dapat idea nak ajak asben pergi Telok Sengat. Makan seafood.
Nyummmmmm
Mee Bandung satu pinggan penuh seafood ni RM15 jer gais.
Selera betul dak tecik ni makan
Nasi Goreng Siakap untuk encik asben
Pilihan Ainul...
Pening pikit camana nak abiskan ke tu???
Settle
Tapau rojak petis pulak untuk bawak balik rumah.
Amboi. Macam dia pulak yang kepenatan hari ni. Haha
0 comments:
Catat Ulasan