Selasa : 04/08/2020
PKP / MCO : Hari Ke-140
Malam tadi aku ada rebus tulang yang aku bawak dari Segamat aritu.. tulang qurban. So pagi ni aku bawak tulang tu pergi opis untuk aku masak mee bandung tulang kat opis nanti. Masalahnya perencah aku tu macam tak cukup jer. Mee kuning pun ada setengah kilo je. Memang aku kena menyinggah mana2 kedai runcit untuk tambah bahan yang tak cukup tu.
Sebelum sampai ofis tadi, aku singgah kedai acheh kat depan sekolah seafield tu. Malangnya... Tutup... So dalam pukul 10 aku ngulor jap pergi Mydin. Sekejap je dalam setengah jam. Ala.. kira macam aku keluar pergi minum jap... Sarapan. |
Geram pulak aku tengok ikan salmon ni... |
Yatz bagi aku ikan pekasam yang mak dia buat dengan mochi kacang merah. Rezeki aku... Dan aku bagi kat dia dan tini mee bandung yang aku masak tadi. |
Mochi kacang merah... Sedap hoi! |
0 comments:
Catat Ulasan