Isnin : 24/08/2020
PKP / MCO : Hari Ke-160
Monday blues again and again and again and again.
Sebenarnya... Dari petang semalam aku tiba-tiba demam. Tak tau lah kenapa. Badan tiba-tiba panas. Kepala sakit yang teramat sangat. Aku siap awal2 bagitau member2 opis aku takut tetiba hari ni aku ter ambil cuti kecemasan atau MC. Sekurang-kurangnya standby la plan kalau tak cukup orang memandangkan Sjn Adam dengan Kak Sariha cuti hari ni.
Syukur Alhamdulillah bangun tidur pagi ni kepala aku rasa lega sangat. Itupun sebelum tidur aku telan panadol dulu. Bangun pagi ni aku rasa macam sihat sangat. So tak jadilah nak ambil cuti kecemasan / MC hari ni.
Gian pulak nak makan nasi lemak. Hari ni tapau kat gerai depan sekolah menengah Seafield. |
Bolehlah... |
Permohonan pertukaran aku akhirnya sampai ke peringkat terakhir. Semoga ada rezeki aku nak transfer balik Johor kali ni. Mudah-mudahan... Aminnn |
Balik menyinggah kedai bahan bakeri lagi |
Menu untuk malam ni... |
Projek malam ni.. kek tapak kuda |
Sedap hoi! |