Sahabat

Halaman

05 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 249 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 05, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 05/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-172

Hari ni abah aku ada check up kat IJN.. first time appointment IJN dapat hari Sabtu.. tapi tu la.. nak teman abah pergi jumpa doktor pun tak boleh sebab setiap pesakit cuma sorang jer yang boleh temankan. So kakak aku yang nurse tu la yang temankan abah.

Kebetulan juga dari semalam satu Selangor tak ada bekalan air. Stress betul aku.. ye la.. biasa dapat notis awal bolehlah simpan air.. ni notis dapat last minute time aku kat tempat keje.. memang tak sempat la nak tadah air buat simpan.

Masuk KL 


Sementara abah kat IJN, aku ajak mak naik atas jap tengok kolam, ikut bibik yang nak ke kedai yang terletak depan kolam. Nak mandi, baju spare tak bawak pulak. 

Terlebih excited bila nampak air banyak ni. Almaklumlah... Kat rumah tak ada air. Haha

Tak suka betul kalau selfie aku kat depan sekali. Nampak muka aku yang paling besar. hahaha.. ni gambar aku, mak dan along aku.


Kak Limah, bibik abang aku. Berbelas tahun berkhidmat dengan jayanya dengan abang aku.. abang aku pun dah anggap kak limah ni sebahagian dari keluarga.

Selalu aku datang rumah abang aku ni tapi jarang sangat aku lepak tingkat 6 ni. 


Dengan kak limah.. teruk betul nampak betapa besarnya kepala aku. Huhu

Anak buah aku, Ayra tengah kelas online piano. 

Melantak satay kajang. banyak sangat abang aku beli... tak termakan dibuatnya... akhirnya aku tapau sikit bawak balik.

Tengahari tu, anak buah aku yang Miza tu tetiba keluar bilik. Dia kata, kenapa internet tak boleh guna ek? Lepas tu macam ada bau hangit.

Abang aku pergi cek.. tengok kat suis centre tu, ada plug yang jatuh. Naikkan tak boleh juga. Dia cek satu satu kat bilik. Ada bau hangit dari bilik bibik, tapi tak jumpa punca. Buka tingkap ingatkan bauh tu dari rumah jiran, tengok2 compressor aircond tu tengah terbakar. Berderau darah.

Pantas betul security naik bawak fire extinguisher.. yer la.  Diorang nampak api yang keluar dari compressor tu dari cctv. Kak limah tak sempat masuk opis diorang kat tingkat 6 untuk bagitau, diorang dah sampai dulu.  diorang punya cemas tu sampai masuk rumah abang aku tak bukak kasut. Sampai ke bilik dia pakai kasut. Pastu kak limah a.k.a bibik membebel kat diorang sambil bawak kasut diorang ke luar. Haha

ni la yang terbakar tu.. nasib baik tau cepat. kalau tak... adoilah.. seram nak fikir.


Manis betul rock melon ni


Bil hospital abah untuk hari ni. 


Abang aku bagi kami semua sorang satu plastik potongan kek lapis sarawak.. perisa lain2. Aku makan sorang gais!

Sebelum balik Kak Maz perasan ada paku kat tayar kereta aku. Mak aih. Nasib baik aku tak jadi hantar kakak aku balik Melaka...

Singgah tampal tayar jap kat Sri Rampai

Otw balik

Singgah Pasaraya Segi Fresh jap

Beli ikan bilis tamban ni...

Nyum.. tinggal ni je. Satu potong kak long aku dah rembat. Sabar jer la aku...

Nasi Arab abang aku beli kat Saba. Gila banyak portion dia. Memang tak larat nak makan sorang...

Pukul 12 malam, aku masuk bilik, tengok bilik aku aku banjir. Ya Allah. Terkejut aku. Siang tadi kebakaran. Malam banjir pulak. Rupanya bilik air yang dalam bilik aku tu tak bertutup masa paip takder air tu. So bila bila dah ada air, air tu keluar la sampai banjir bilik aku.

Tak pasal2 tengah malam buta aku kena bersihkan bilik. Macam mangsa banjir bersihkan rumah mereka.

Huhu!


04 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 248 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, September 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 04/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-171

Semangat sikit nak keje hari ni... Jumaat kan.. memang la bersemangat lebih sebab esok dengan Ahad cuti.

Kak Sariha order Kuih Seri Muka Durian. Sedapnya lahai.. first time makan. Orang yang membuatnya ni memang pakar buat kuih-kuih talam ni. Lembut jer.. memang kena dengan tekak aku.

Menu tengahari aku. Nasi Cikgu kat USJ 1.. favourite ni... sedap.
Petang balik kerja hujan lebat.. so aku gerak lambat sikit. Malas aku nak meredah jem hujan-hujan ni. Sepatutnya petang aku pergi Paya Jaras jumpa Eka, bekas menantu Pakcik Suboh, tapi terpaksalah aku bagitau dia yang aku akan sampai lewat sikit ke rumah dia untuk ambil kuih yang aku order tu.

Singgah keluar duit jap kat Petronas Subang Bestari... masa ni pun dah dekat pukul 9 malam.

Rumah Eka kat Paya Jaras. Lama jugak aku berborak dengan dia.. macam2 yang kami borakkan. Sedar tak sedar dah pukul 10...

Balik rumah, sambung buat kek tapak kuda satu adunan. Cukuplah untuk bagi mak abah aku rasa esok walaupun aku tau mak abah aku bukan makan sangat kek ni.


03 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 247 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, September 03, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 03/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-170

Pagi ni aku masak daging salai masak lemak cili api. Tak sedap. Rasa tu tak sampai... Tak sama macam yang mak buat padahal daging salai tu mak yang bagi. Tak puas hati betul. Haha





Hari2 datang sini pos barang customer. Alhamdulillah.


Peramah adik ni. Staff Parcelhub.. dia pun buat bisnes kat Shopee.


Ada kereta terbakar pulak kat trafik light depan IPD. So apalagi... Jadi wartawan lah aku. Haha


Bawak bekal...


Balik keje, lencun.


Malam sambung buat Kek Tapak Kuda pulak.


02 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 246 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 02, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 02/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-169

Hari ni dah keje. Mood tak ada lagi.. yang pasti tengahari aku melencong jap pergi Mydin lagi... Sepatutnya aku drop off barang customer je kat Parcelhub, tapi Sarjan Adam kirim belikan barang skit. So terpaksa la jadi personal shoper jap. Haha







Mesti orang ingat aku beli pampers anak ni. Padahal sjn Adam yang punya.


Dah sampai opis baru makan jap... Nasi Ayam Penyet ni order kat Makcik Kantin yang muda belia cantik menawan - Azue Samsun. Makan pulak dengan Bayam Brazil Crispy by Mak si Ina. Memang paduuuuu...

Alhamdulillah ... 
Kenyang sampai malam...


01 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 245 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 01, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 01/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-168

Tak banyak nak cerita hari ni. Aku gerak dari Melaka nak balik Subang, betul2 lepas selesai solat Subuh. Nak awal la kekonon, malas hadap jem orang nak pergi kerja.



Sampai Dengkil, jem melekat. Then aku lepak dulu kat RNR Dengkil sampai la jalan reda sikit baru aku gerak.


Menyinggah Mydin jap.



 
Dari Mydin nak balik rumah, ada satu lori tu kotak2 jatuh dari lori dia. Aku rasa ada lima enam kotak. Mujur tak kena kenderaan lain.


 Malam- malam menghadap rambutan yang sempat di petik kat rumah mak abah Segamat.


Bantal RM10 yang aku beli kat Ayer Hitam semalam. Puas hati.

Malam aku buat sebekas Sambal Ikan Bilis Tamban.



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review