Jumaat : 04/09/2020
PKP / MCO : Hari Ke-171
Semangat sikit nak keje hari ni... Jumaat kan.. memang la bersemangat lebih sebab esok dengan Ahad cuti.
Kak Sariha order Kuih Seri Muka Durian. Sedapnya lahai.. first time makan. Orang yang membuatnya ni memang pakar buat kuih-kuih talam ni. Lembut jer.. memang kena dengan tekak aku. |
Menu tengahari aku. Nasi Cikgu kat USJ 1.. favourite ni... sedap. |
Singgah keluar duit jap kat Petronas Subang Bestari... masa ni pun dah dekat pukul 9 malam. |
Rumah Eka kat Paya Jaras. Lama jugak aku berborak dengan dia.. macam2 yang kami borakkan. Sedar tak sedar dah pukul 10... |
Balik rumah, sambung buat kek tapak kuda satu adunan. Cukuplah untuk bagi mak abah aku rasa esok walaupun aku tau mak abah aku bukan makan sangat kek ni. |
0 comments:
Catat Ulasan