Sahabat

Halaman

08 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 252 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 08, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 08/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-175



Skodeng lagi budak-budak latihan kawad... my bespren ada kat dalam tu..

Hadiah besday dari Sue. Awal lagi ni... haha terima kasih Cik Da!

Sarapan roti canai

Ke Mydin jap...

Tapaukan kak wani rojak.. dia kirim..

Makanan tengahari aku.

Mee Tarik Sup

Hari ni balik kerja bawak kereta. Sian kereta aku ni.. jarang dibawa berjalan.

Kek Tapak Kuda Kit Kat

Makan lebihan roti canai siang tadi. Alhamdulillah... kenyang.. ( kenyang ker??? )

Sambung makan Chocojar yang Sue bagi tadi. Sedap.. hehe

Makan tembikai yang beli kat Mydin.. Manis.. macam aku.

Siapkan order Shopee lagi..  Alhamdulillah


07 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 251 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, September 07, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 07/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-174

Pagi lepas punch card, terus menuju ke kantin, cari sarapan. Kekadang bosan gak, bila asyik makan makanan yang sama.. tu kadang2 kalau rajin, aku akan keluar cari sarapan kat luar. Itupun kalau rajin la...

Sekodeng budak latihan kawad. This is PULAPOL Subang Jaya yawwwww! Bak kata diorang la.. 

Ready untuk di drop off kat ParcelHub Mydin Usj


Bayam Brazil Crispy beli kat Ina KDNKA. Memang sedap uols. Krup krap krup rap... tak sedar abis sebotol tu makan.

Petang time balik keje hujan lebat pulak. Kebasahan ku atas motor. Beginilah nasib Si Minah Rempit.
Ada kereta tapi taknak bawak...
Padan muka!
Haha

Beli Kerabu Meggie kat FoodPanda... tapi tak sedap.

Nasib baik beli Keli Penyet gak. Oklah...

Sebelum tidur makan ubat yang doktor bagi ni. Dapat 5 paket je, tapi 3 bulan baru berjaya abiskan makan. Setiap paket tu ada 5 biji kapsul ubat yang perlu aku telan.. tu yang malas tu.. haha.. padahal doktor dah pesan, makan lima hari berturut-turut... tapi si 3 bulan baru abiskan. hihu!


tu jerrrr.... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

06 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 250 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, September 06, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 06/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-173

Macam biasa, Ahad memang tak banyak aktiviti yang aku buat. Nak masak pun tak berapa rajin... maklumlah... tinggal rumah sorang jer.. gas pun bertahun nak abis... gula pula sampai expired.. memang aku tak berapa buat air manis kat rumah kecuali kalau ada 3 in 1 tu.

Selagi otak-otak masih ada, selagi tu aku akan menghadap... sampai naik muak dibuatnya. haha

perabih lauk yang ada dalam freezer

tapau Bang Bang Fresh Milk kat Tealive Petronas Subang Bestari

Mslsm menyiapkan order shopee pulak..

Tu jer cerita aku untuk hari ni.. Sekian!


05 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 249 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 05, 2020 2 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 05/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-172

Hari ni abah aku ada check up kat IJN.. first time appointment IJN dapat hari Sabtu.. tapi tu la.. nak teman abah pergi jumpa doktor pun tak boleh sebab setiap pesakit cuma sorang jer yang boleh temankan. So kakak aku yang nurse tu la yang temankan abah.

Kebetulan juga dari semalam satu Selangor tak ada bekalan air. Stress betul aku.. ye la.. biasa dapat notis awal bolehlah simpan air.. ni notis dapat last minute time aku kat tempat keje.. memang tak sempat la nak tadah air buat simpan.

Masuk KL 


Sementara abah kat IJN, aku ajak mak naik atas jap tengok kolam, ikut bibik yang nak ke kedai yang terletak depan kolam. Nak mandi, baju spare tak bawak pulak. 

Terlebih excited bila nampak air banyak ni. Almaklumlah... Kat rumah tak ada air. Haha

Tak suka betul kalau selfie aku kat depan sekali. Nampak muka aku yang paling besar. hahaha.. ni gambar aku, mak dan along aku.


Kak Limah, bibik abang aku. Berbelas tahun berkhidmat dengan jayanya dengan abang aku.. abang aku pun dah anggap kak limah ni sebahagian dari keluarga.

Selalu aku datang rumah abang aku ni tapi jarang sangat aku lepak tingkat 6 ni. 


Dengan kak limah.. teruk betul nampak betapa besarnya kepala aku. Huhu

Anak buah aku, Ayra tengah kelas online piano. 

Melantak satay kajang. banyak sangat abang aku beli... tak termakan dibuatnya... akhirnya aku tapau sikit bawak balik.

Tengahari tu, anak buah aku yang Miza tu tetiba keluar bilik. Dia kata, kenapa internet tak boleh guna ek? Lepas tu macam ada bau hangit.

Abang aku pergi cek.. tengok kat suis centre tu, ada plug yang jatuh. Naikkan tak boleh juga. Dia cek satu satu kat bilik. Ada bau hangit dari bilik bibik, tapi tak jumpa punca. Buka tingkap ingatkan bauh tu dari rumah jiran, tengok2 compressor aircond tu tengah terbakar. Berderau darah.

Pantas betul security naik bawak fire extinguisher.. yer la.  Diorang nampak api yang keluar dari compressor tu dari cctv. Kak limah tak sempat masuk opis diorang kat tingkat 6 untuk bagitau, diorang dah sampai dulu.  diorang punya cemas tu sampai masuk rumah abang aku tak bukak kasut. Sampai ke bilik dia pakai kasut. Pastu kak limah a.k.a bibik membebel kat diorang sambil bawak kasut diorang ke luar. Haha

ni la yang terbakar tu.. nasib baik tau cepat. kalau tak... adoilah.. seram nak fikir.


Manis betul rock melon ni


Bil hospital abah untuk hari ni. 


Abang aku bagi kami semua sorang satu plastik potongan kek lapis sarawak.. perisa lain2. Aku makan sorang gais!

Sebelum balik Kak Maz perasan ada paku kat tayar kereta aku. Mak aih. Nasib baik aku tak jadi hantar kakak aku balik Melaka...

Singgah tampal tayar jap kat Sri Rampai

Otw balik

Singgah Pasaraya Segi Fresh jap

Beli ikan bilis tamban ni...

Nyum.. tinggal ni je. Satu potong kak long aku dah rembat. Sabar jer la aku...

Nasi Arab abang aku beli kat Saba. Gila banyak portion dia. Memang tak larat nak makan sorang...

Pukul 12 malam, aku masuk bilik, tengok bilik aku aku banjir. Ya Allah. Terkejut aku. Siang tadi kebakaran. Malam banjir pulak. Rupanya bilik air yang dalam bilik aku tu tak bertutup masa paip takder air tu. So bila bila dah ada air, air tu keluar la sampai banjir bilik aku.

Tak pasal2 tengah malam buta aku kena bersihkan bilik. Macam mangsa banjir bersihkan rumah mereka.

Huhu!


04 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 248 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, September 04, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 04/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-171

Semangat sikit nak keje hari ni... Jumaat kan.. memang la bersemangat lebih sebab esok dengan Ahad cuti.

Kak Sariha order Kuih Seri Muka Durian. Sedapnya lahai.. first time makan. Orang yang membuatnya ni memang pakar buat kuih-kuih talam ni. Lembut jer.. memang kena dengan tekak aku.

Menu tengahari aku. Nasi Cikgu kat USJ 1.. favourite ni... sedap.
Petang balik kerja hujan lebat.. so aku gerak lambat sikit. Malas aku nak meredah jem hujan-hujan ni. Sepatutnya petang aku pergi Paya Jaras jumpa Eka, bekas menantu Pakcik Suboh, tapi terpaksalah aku bagitau dia yang aku akan sampai lewat sikit ke rumah dia untuk ambil kuih yang aku order tu.

Singgah keluar duit jap kat Petronas Subang Bestari... masa ni pun dah dekat pukul 9 malam.

Rumah Eka kat Paya Jaras. Lama jugak aku berborak dengan dia.. macam2 yang kami borakkan. Sedar tak sedar dah pukul 10...

Balik rumah, sambung buat kek tapak kuda satu adunan. Cukuplah untuk bagi mak abah aku rasa esok walaupun aku tau mak abah aku bukan makan sangat kek ni.


PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review