Sahabat

Halaman

12 September 2020

Skywalk Taman Botani, Kepong

By Dalia Hassan at Sabtu, September 12, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt..


Tepek gambar dulu.. nanti ada masa aku ceritakan...






































11 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 255 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, September 11, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 11/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-178


Pagi lepas punch card terus ke kantin cari sarapan..

Nasi goreng + bihun goreng + donut..

Pulut kuning dengan rendang ayam Sarjan Rafiedy bagi sempena hari lahir dia hari ni.

Sjn Adam beli duku langsat ni kami yang tukang perabihkan.

Beli aiskrim ni kat Nieza JPJKK... sedap gak... tak berapa manis sangat so takderlah kencing manis. haha


Petang ni overn yang aku order kat Shopee dah sampai. Besar hoi! camana aku nak bawak balik rumah ni?? haha!

Penyudahnya... dari ofis ke kereta, aku minta tolong sorang anggota polis lelaki ni tolong aku masukkan dalam kereta. Sampai rumah, aku mintak tolong abam security guard pulak yang tolong angkat bawak naik ke rumah aku kat tingkat tiga... tapi aku hulur la juga RM20 upah dia angkat. Berat tu... 

Tanaman aku yang semakin sendu

Settled. Terpaksa letak kat sini sebab tempat lain tak sesuai nak letak oven ni... nak letak kat kabinet, tak muat sebab besar. Kat sini pun ok la... lagipun belakang tu ada plug. Tinggal cucuk jer.

Ok. Tu jer cerita untuk hari ni.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

10 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 254 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, September 10, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 10/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-177

Pagi ni kat Connezion sebelum gerak ke Hospital Serdang. Aku ambil cuti hari ni... Malas nak half day... Terkejar-kejar...

Pemandangan waktu subuh dari Connezion IOI

Sarapan dengan abah

Pemandangan dari bilik


Anak buah aku, Adib

Lot yang kami stay

Otw ke Hospital Serdang



Sarapan kat Cafe hospital

Lunch kat cafe hospital

Lama giler menunggu... Tapi normallah tu kan.. memang tu la gayanya kalau pergi hospital kerajaan. Kami ni kurang berkemampuan kalau nak kerap ke hospital swasta.. sekali sekala tu bolehlah... Tak kisahlah kena tunggu lama pun asalkan kesihatan abah baik. Cuma satu jer, kesian kat abah tunggu lama sangat kat atas tu. Mesti dia lapar.

Lepas jumpa doktor, terus suruh abah makan. Habis jugalah sepinggan nasi. Jarang abah makan banyak camni.

Borak-borak dulu sementara tunggu kak ani jumpa doktor. Dia bincang pasal nak pasangkan bateri kat jantung abah.


Balik dari hospital menyinggah dulu Subang Perdana... Cari barang dapur skit..
Balik rumah terus order foodpanda. Gedik kan? Padahal dah kat luar tadi taknak terus beli makan.


Chicken Chop Spagethi


Kerabu Maggie

09 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 253 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 09, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 09/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-176


Hari ni pagi-pagi siapkan sambal atkins untuk di pos pada customer Shopee. Walau tak banyak, tetap bersyukur rezeki tu ada.

Ready untuk di drop off

Parcelhub

balik dari pos barang singgah kedai bakery tepi IPD jap.. cari loyang

Dah tengahari baru sempat nak makan makanan yang beli untuk sarapan pagi tadi.

Balik rumah terus mengemas bilik. Jangan pelik ya tengok katil aku guna cadar dengan bantal frozen. Saja ambik aura anak-anak sebab diorang takder kat sini. 
Dalam pukul 6 lebih, lepas aku kemas bilik, aku masukkan baju dalam beg lepas tu terus ke Serdang.. Sebab hari ni abah aku ada datang sini sebab esok abah ada appointment dengan doktor kat Hospital Serdang.. So kami stay kat Conezion IOI Resort City.

Malam pergi menapau kat Starbuck drive thru..

ubat kurus



Malam aku tidur kat katil ni dengan kakak aku yang akak ani tu.. macam2 la yang kami membawangkan campur dengan luahan perasaan. haha!

Sebelum tidur kita masukkan karbo banyak2 dalam badan. Biar makin montel



Makan nasi goreng dengan bayam brazil crispy ina... 

Meeting dengan abang aku.. Gambar dia jer yang boleh ambik sebab aku dengan kakak aku tak pakai tudung. haha

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review