Sahabat

Halaman

01 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 306 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 01, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Ahad : 01/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-229


Hari baru. Bulan baru. Semangat baru. Kereta baru.


#Eh 

Repeat - tak jemu la makan hari-hari. Layan panas-panas... tak sedar semua ni abis di makan..

Tengahari pergi Bake With Yen jap cari barang buat kek yang customer order.

Sebelum balik singgah beli aiskrim jap kat Speedmart. Sejuk rasa tekak...

Sampai rumah terus order Foodpanda : Ayam Gepuk Yeoppp. Gedik kan, nak order guna Foodpanda jugak padahal dah keluar tadi bukan tak boleh singgah beli kejap.
Dasar pemalas.
haha!

Start membaking. Alhamdulillah rezeki tetap ada walau tak berapa banyak. 
InshaAllah akan datang lagi banyak order yang masuk...

#beranganitupercumagais !




31 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 305 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 31, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 31/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Ingatkan pagi ni nak berbasikal keliling taman... tapi... masalah bulanan orang perempuan datang pulak pagi ni... so kansellah berbasikal. Guling-guling jer atas tilam.

Goreng kuih frozen yang beli kat Eka malam semalam. Banyak ni aku makan sorang. Sekian.

Tengahari aku panaskan nasi goreng anakku yang aku buat pagi semalam. Alhamdulillah kenyang sampai malam.

Tak ada apa aktiviti hari ni. Semenjak dua menjak ni pun aku jadi seorang yang pasif. Nak buat apa-apa semua malas. Tak ada mood. Lebih-lebih lagi sepatutnya aku balik kampung jumpa suami dan anak2, tapi terpaksa tangguhkan sebab ada anggota kat tempat aku positif covid-19.. dapat dari jiran dia. Walaupun aku takder berurusan atau jumpa dia baru-baru ni, aku tetap risau sebab aku ada jumpa incas dia, yang satu pejabat dengan dia. Walaupun amalkan SOP yang ditetapkan, tetap berhati-hati. Risau aku kalau balik jumpa diorang (suami dan anak-anak aku)..

dan aku taknak ambil risiko...

Takut.


30 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 304 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 30, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 30/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Lama tak masak nasi goreng anakku ni.. hari ni masak gak la... aku uprade sikit letak daging... siap la bekalan pergi kerja hari ni.

Perjalanan ke tempat kerja yang sungguh mendamaikan. Tak ada lagi kesesakan lalulintas kat sini.

Sampai opis terus pergi kaunter aduan tengok ada tak barang aku sampai... Yess ada.. Aku beli yang murah jer ni harap2 boleh guna la... 

Macam biasa, ke Parcelhub Mydin USJ untuk dropoff barang customer.

Malam lepas Isyak aku keluar jap nak pergi Paya Jaras rumah Eka.. Aku beli kuih frozen kat dia...

Rumah Eka. Eka ni menantu orang kampung aku, Pakcik Suboh. Tapi lama lepas suami Eka meninggal, dia kawin lain dan menetap kat Paya Jaras ni. Senanglah aku. Dulu kalau bali Segamat baru dapat beli kuih dia, sekarang ni bila2 masa jer boleh order.

Satu yang aku kagum kat EKa ni, walaupun dia dah kawin baru, dia tetap balik Segamat jenguk mertua dia dulu masa masih dengan arwah suami dia. Yang bestnya, suami dia pun sporting... selalu kalau balik sana, suami baru dia akn ikut sekali. 

Makan sorang punya stok. hahaha

Malam tu jugak terus goreng sikit. Sebenarnya aku order karipap ayam, daging dengan Pisang Molen. Tapi dia bagi free sardin roll dengan kuih bom. First time makan kuih bom dia, sedap sangat. 

Sampai teringat-ingat.

Haha




29 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 303 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 29, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 29/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-227


Dok rumah.
Takder aktiviti apa pun kecuali makan.

Malas nak cerita ar.









28 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 302 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 28, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 28/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-226


Keje. Feel pergi kerja lain macam bila bawak kereta baru. #eh

Haha walaupun kereta murah jer.. kereta tempatan tapi perasaan tu tetap gumbira. Gumbira kerana telah berjaya tambah hutang bulanan. Erk!

Tapau kat kantin

Hari ni ada serah terima tugas OCPD baru.. so tak boleh park depan perkarangan IPD.. jenuh gak la cari parking kat luar ni.. nasib baik ada

Balik singgah kedai jual bahan bakery jap 

Kemas dan tersusun

Favourite!



Makan malam







27 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 301 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 27, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 27/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-224


Aku risau sebenarnya bila dapat tau yang ada sorang anggota tu positif. Walaupun aku tak ada jumpa dia sebelum dia disahkan positif, rasa was was tu tetap ada. Sepatutnya hari Rabu ni lepas kerja aku akan gerak balik ke Segamat untuk ambil kereta dan terus balik ke Kota Tinggi untuk jumpa anak-anak dan suami aku.... Tapi bila berlaku macam ni, aku rasa cuak dan takut nak ambil risiko untuk jumpa anak2.

Memandangkan kakak aku dah uruskan pengambilan kereta baru aku dan hantar kat rumah mak, aku buat keputusan untuk balik ke Segamat hari ni. Isnin lepas uruskan permit untuk rentas negeri, aku bagitau mak dan abah aku yang aku balik kejap je.. dan aku memang tak masuk rumah... Duduk luar jer...

Bekalan aku hari ni

Lepas subuh aku siap2 untuk gerak balik ke Segamat. Dalam pukul 7 pagi aku masuk hiway dari tol USJ...

Dalam pukul 10lebih aku sampai Felda Pemanis, rumah mak abah aku..

Tak masuk rumah.. duduk kat luar rumah je borak dengan mak abah. Itupun kejap2 aku sembur dettol.. kejap2 aku suruh mak abah aku pakai hand sanitizer.

Suka aku tengok tanaman bunga mak aku ni. Pokok kelapa tu macam plastik je padahal pokok betul


Dalam pukul 11.30am aku gerak balik dari rumah mak. Mak siap bekalkan nasi dan lauk untuk anak dia ni. Tapi sebelum tinggalkan Segamat, aku cari NinjaVan dulu untuk dropoff barang customer aku.

Depan Ninjavan ada restoren ni. Aku pun baru tau. Jakunnya. Haha

Betul2 sebelah JnT


Ajomlah gerak balik

Singgah tapau cendol segamat

Sampai Pedas Linggi ingat nak tapaukan yatz daging salai kat Gerobok Salai. Tutup pulak

Singgah tapau kat sini


Hantar daging salai tu kat yatz..

Daging salai tu aku belikan untuk yatz je.. sebab kelmarin dia belikan aku McD... Sampai rumah aku makan bekalan yang mak aku bagi ni. Sedap hoi. 

Repeat


26 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 300 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 26, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin : 26/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-223


Sepanjang PKPB ni aku kerja Isnin Rabu Jumaat jer... Keje sampai pukul 2.. oklah tu.. ada banyak masa kat rumah.. boleh siapkan tempahan customer shopee...


Selagi tak abis popia carbonara ni, selagi tu la menggoreng je...

Hari ni ada aktiviti perkep. Perjumpaan sempena pertukaran puan pengerusi. Sentiasa patuhi SOP ya..

Dalam gambar nampak duduk dekat padahal jauh2 duduknya..

Pulut kuning berhias

Balik singgah Mydin jap

Balik dari Mydin, perut lapar... Ada bihun tapau kat rumah perkep tadi. Apalagi.. makan macam zaman sekolah2 dulu la... Nikmat terasa. Haha

Sebenarnya tengahari tadi Yatz belikan aku McD... Alhamdulillah rezeki makananan mencurah2 hari ni. Kat rumah perkep tadi pun boleh tahan makanan yang AJK bawa...

Sampai rumah, dapat berita sorang anggota kami positif covid. Allahu. Nasib baik lepas buat swab test aritu memang dia kuarantin dah dan kebetulan ofis dia memang terasing dari kami. Wife dan anak2 dia negatif. Syukur.

Get well soon my pren! 
Duduk hospital elok2.

Geng pingpong aku tu!


25 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 299 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 25, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 25/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-222


Lama dah hujung minggu aku takder pengisian. 

Takder kelas

Takder hiking

Takder jogging

Takder nak balik kampung

Takder nak jalan-jalan


Yang ada cuma, MAKAN.


Goreng popia karbonara yang aku frozenkan

Malam aku masak megi pulak.


Sekian cerita aku untuk hari Ahad yang semakin hari semakin membosankan. 

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review