Assalamualaikum wbt
PKP / MCO : Hari Ke-224
Aku risau sebenarnya bila dapat tau yang ada sorang anggota tu positif. Walaupun aku tak ada jumpa dia sebelum dia disahkan positif, rasa was was tu tetap ada. Sepatutnya hari Rabu ni lepas kerja aku akan gerak balik ke Segamat untuk ambil kereta dan terus balik ke Kota Tinggi untuk jumpa anak-anak dan suami aku.... Tapi bila berlaku macam ni, aku rasa cuak dan takut nak ambil risiko untuk jumpa anak2.
Memandangkan kakak aku dah uruskan pengambilan kereta baru aku dan hantar kat rumah mak, aku buat keputusan untuk balik ke Segamat hari ni. Isnin lepas uruskan permit untuk rentas negeri, aku bagitau mak dan abah aku yang aku balik kejap je.. dan aku memang tak masuk rumah... Duduk luar jer...
|
Bekalan aku hari ni |
|
Lepas subuh aku siap2 untuk gerak balik ke Segamat. Dalam pukul 7 pagi aku masuk hiway dari tol USJ... |
|
Dalam pukul 10lebih aku sampai Felda Pemanis, rumah mak abah aku.. |
|
Tak masuk rumah.. duduk kat luar rumah je borak dengan mak abah. Itupun kejap2 aku sembur dettol.. kejap2 aku suruh mak abah aku pakai hand sanitizer. |
|
Suka aku tengok tanaman bunga mak aku ni. Pokok kelapa tu macam plastik je padahal pokok betul |
Dalam pukul 11.30am aku gerak balik dari rumah mak. Mak siap bekalkan nasi dan lauk untuk anak dia ni. Tapi sebelum tinggalkan Segamat, aku cari NinjaVan dulu untuk dropoff barang customer aku.
0 comments:
Catat Ulasan