Assalamualaikum wbt
PKP / MCO : Hari Ke-253
Hari ni agak sedikit bersemangat sebab lepas kerja aku akan gerak balik ke Segamat, rumah mak abah aku kat Felda Pemanis. Dan seawal pagi esok aku akan bertolak balik ke Kg Sungai Telor, Kota Tinggi untuk berjumpa dengan suami dan anak-anak aku yang menetap kat sana.
|
Pagi ni lepas solat subuh aku sempat buat roti telur, lebihan roti yang aku bagi kat anjing yang halang kereta aku semalam. Lebihan anjing tu bukanlah bermaksud aku ambik yang aku dah bagi kat anjing, tapi baki daripada roti yang aku gunakan untuk bagi makan kat anjing yang berperangai pelik semalam.
Sayang betul, rakaman dari dashcam aku depan belakang dah ter overwrite. Silap aku juga tak terus ambil save untuk simpanan dan kenangan aku. |
|
Sampai balai terus isi borang rentas negeri - sebelum orang awam beratur panjang jap lagi. |
|
Sebelum gerak balik Segamat, aku singgah untuk drop-off barang customer shopee aku dulu. Mula-mula pergi Citylink dulu.. Pening juga sebab naik kereta, susah nak parking. Last2 aku berhenti je kejap halang kereta orang lain. Nasib baik setakat drop-off jer, tak lama. |
|
Then pergi J&T pula... settle drop-off barang kat J&T, aku terus gerak menuju ke Selatan. |
|
Lapar pulak perut... singgah R&R Seremban untuk beli makanan. Nampak pau ni terus beli.. Makan panas2 memang syok! |
|
Sampai rumah mak aku dalam pukul 4 lebih juga... Sebenarnya hari ni hari lahir mak aku yang ke-72. Itu yang aku singgah juga sebelum aku balik Kota Tinggi jumpa suami dan anak-anak aku. |
|
Nasi Ambeng kakak aku tempah dengan orang dalam felda. RM6 jer sebungkus. Puas hati sangat. Untuk hari ni kami order dalam 40 bungkus jer... untuk kami sambut hari lahir mak kat rumah dan untuk mak bawa pergi masjid nanti untuk diberikan pada kawan-kawan masjid mak. Mak kata hari ni tak ramai orang kat masjid, tu yang order sikit jer tapi untuk esok, dah tempah 100 bungkus nasi ambeng ni untuk diberikan pada orang masjid. Esok malam Jumaat, so akan ramai orang kat masjid, kata abah. |
|
Mak goreng tempe ni untuk dicicah dengan sambal kicap. Favourite aku ni... |
|
Kek Swissroll coklat ni aku bawak... |
|
Jamuan kecil untuk keluarga |
|
Mak dan abah |
|
Happy birthday Mak!!! |
|
Kek ni sedap hoiiiii! |
|
Tunjuk sekali lagi... Sedapnyaaaaaa.... Nasib baiklah makan sebungkus dah kenyang, kalau tak memang aku makan lagi dan lagi. Gemuk pun gemuklah! |
Malam tu aku tertidur dalam kekenyangan.
Teruk betul!