Assalamualaikum wbt
Isnin : 23/11/2020
PKP / MCO : Hari Ke-251
Pagi ni otw pergi kerja, ternampak kereta Sarjan Adam... Pelik pulak aku dia lewat hari ni.. Biasanya dia sebelum pukul 7 dah sampai ofis. Rupanya dia ada hal pagi tadi, tu yang lewat tu... |
Berapa hari makan oat, hari ni dah rasa loya tekak pulak nak makan. |
Keluar jap pergi drop-off barang kat J&T... |
Cik Adam bawa pulut dengan serunding daging. Alhamdulillah. Rezeki hari ni. |
Masa pergi J&T tadi, aku singgah Gerai Endang jap beli Nasi Ambeng.. walaupun tak lengkap macam yang aku boleh dapat kat kampung aku, tapi tetap boleh diterima oleh tekak aku. |
Sebelum balik, singgah kedai bakeri kat sebelah IPD... cari bahan buat kek yang dah nak abis stok. Syukur jugalah ada kedai ni dekat dengan ofis aku. Senang nak beli apa-apa... |
Malam tekak ni terasa nak makan chicken chop plak. Order kat Restoren Buana guna foodpanda. Beli sekali meatball grilled. Bolehlah... |
0 comments:
Catat Ulasan