Assalamualaikum wbt
Selasa : 10/11/2020
PKP / MCO : Hari Ke-238
Hari ni abah aku ada appointment dengan Hospital Serdang.. nak cek bateri yang di pasang kat jantung bulan lepas tu berfungsi dengan baik atau tidak. Sesuai dengan abah atau tidak. Alhamdulillah.. Setakat ni penerimaan badan abah sangat baik... tak ada masalah.
Lauk tengahari hari ni.. Nasi Ayam Gepuk Yeoppp.. Order guna Foodpanda. Nak masak memang tak sempat sebab nak berkejar ke IPD pulak.. Ada perjumpaan Trafik dengan Tuan OCPD yang baru. |
Aku pilih untuk duduk kat belakang sekali. Senang nak pergi kat meja makan. hahaha |
Balik dari dewan, aku singgah kedai saka lagi.. ni gara2 aku join group facebook Beli Apa Di Eco Hari Ni.. penyudahnya hampir hari2 aku ke eco.. jenuh. haha |
Dap hoi! haha |
2 comments:
alhamdulillah..hahah..memang berhantu kedai eco ni. baru pergi semalam..hehe
nurul aqidah azahar... kannn... bersaka orangkata.. kalau dah masuk, susah nak cari jalan keluar. Bila dah keluar, banyak plak yang mengikut keluar. Berbakul-bakul.. hahah
Catat Ulasan