Assalamualaikum wbt
PKP / MCO : Hari Ke-233
Hari ni aku cuti kerja hakiki tapi kerja sampingan aku tetap on. Sikit-sikit tambah pendapatan bulanan...
Alhamdulillah
|
Hari-hari makan, rasa muak la pulak. hahahaha
|
Hari ni awal aku masuk dapur sebab nak dropoff barang kat Parcelhub sebelum pukul 2 petang. Punya la nak cepat sampai terlupa nak ambil gambar. Waybill pun aku terpaksa singgah kedai buku untuk print. Di Subang Perdana ada Parcelhub baru buka, so aku ingat nak dropoff barang kat sana jer. Tapi malangnya, Parcelhub Subang Perdana takder perkhidmatan DHL.. So nak tak nak, aku merempit terus ke USJ.
|
Sampai Parcelhub Mydin USJ, Ilyani tak ada.. kawan kerja dia kata dia pergi solat.. so tak ada rezeki nak jumpa dia hari ni. Kalau dia ada, memang berborak jer la aku dengan dia. Ni dengan kawan dia aku tak biasa sangat.
|
|
Balik dari Usj aku terus singgah DIY kat dalam Star Avenue. Ada barang sikit yang aku kena cari... nak guna..
|
|
Tapau Subway pulak sebab perut dah lapar. Ni jer yang aku nampak ada kat Star Avenue tu... yang lain tak pandang dah. haha
|
|
Makan dulu. Jap lagi nak buat kek Fatin pulak (pengasuh anak aku dulu)
|
|
Dia nak beli SNickers tu jer tapi aku bagi satu extra.. itupun aku guna apa jer stok coklat yang ada kat rumah tu.
|
|
Jom pergi hantar!
|
|
Jalan kaki jer nak pergi rumah dia ni...
|
|
Rumah Fatin ni betul2 berdepan dengan rumah aku... Suka pulak aku tengok rumah sendiri dari view orang lain. hahaha
|
Ok tu jer cerita untuk hari ni... jurnal harian seorang mama yang terasing di daerah ini. Doa-doakanlah supaya aku cepat dapat tukar balik Johor untuk duduk sekal dengan suami dan anak-anak aku.
0 comments:
Catat Ulasan