Percutian kali ni aku dan geng (Yatz, Ila, Kak Ina) memilih untuk ke Cameron Highland. Berikut serba sedikit tentang aktiviti kami disana.. InshaaAllah bila mood menulis aku datang, aku akan ceritakan dengan lebih terperinci. Cuma buat masa ini, aku dalam proses untuk mengaktifkan kembali dan membuang sawang2 yang dah bertapa kat blog aku ni, memang akan mengambil sedikit masa. Layan je apa yang ada ya... Terima kasih.
Dalam perjalanan pergi, kami singgah di hentian dahulu untuk bersarapan nasi lemak yang kami beli sebelum masuk hiway tadi.
Cameron Lavender Garden
Sampai sahaja di Cameron, Cameron Lavender Garden ini adalah lokasi pertama kami. Sebenarnya kami kesini semata-mata untuk menikmati aiskrim lavender yang pernah viral sebelum ini..
Fuuhhhhh! Dapat gak makan aiskrim lavender ni...
Tengok warna je dah menarik, apatahlagi rasanya yang memang kena dengan tekak kami.
Apartment @ Cameron Highland
Apartment dua bilik ni memang mendamaikan. Rasa macam malas nak keluar rumah pun ada. Nak stay dalam rumah je. haha
Abaikan tudung yang bergantungan di kerusi itu.
Pemandangan dari balkoni apartment kami. Berdepan je dengan tapak pasar malam cameron. Cuma hari tu tak ada pasar malam.
Steamboat @ Cameron Highland
Malam melayan steamboat pulak. Aisehh. Aku lupa pulak apa nama restoren ni... tapi memang terletak kat Golden Hill la...
Alhamdulillah.. kenyang...
Ladang Teh Boh Sungai Palas
Untuk ke Mossy Forest, kami akan melalui Ladang Teh Boh Sungai Palas.. kat sini pemandu powil (bahasa budak hiking) yang kami sewa, bawa kami singgah untuk bergambar dicelahan pokok teh yang menghijau. Ha gitewwww... baju aku pun hijau, so takder fungsi la aku bergambar kat sini. Sebab aku dengan pokok teh tu tak ada beza. haha!
Mossy Forest, Cameron Highland
Kiranya ni kali ketiga aku datang ke Mossy Forest ni.. Dua kali aku ke Gunung Irau memang melalui trek ni.. rasa rindu, dapat singgah ke Mossy Forest ni pun dah ok dah..
Kampug Taman Sedia, Cameron Highland merupakan satu perkampungan Melayu yang terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang. Di sini terdapat ladang sayur dan strawberi yang diusahakan oleh kaum melayu yang menetap di sana.
Sejujurnya, walaupun setelah berkali-kali aku sampai ke Cameron Highland ini untuk bercuti, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di sini. Aku teruja.
Menyelerakan..
Jarang aku nampak strawberi putih ni.. katanya jauh lebih manis dari strawberi merah.. betul ker? Aku hanya mampu menelan air liur je, sebab harga dia pun jauh lebih mahal dari strawberi biasa.
MARDI, Cameron Highland
Sebelum balik ke apartment, tapau makanan dulu di Family Mart.
Ladang Teh Bharat, Cameron Highland
Green View Garden
Sebelum gerak balik ke Subang, kami singgah dulu kesini untuk bergambar. Aku sebenarnya tak berapa sihat (masalah wanita), so aku tak berapa ada mood untuk bergambar. Tapi layankan je la walau dengan muka yang agak sembam...
Ini adalah pengalaman aku kali pertama naik ATV. Dan aku GAGAL!!!!
Oleh sebab geng kami punya ahli yang ganjil, aku tawar diri ini naik ATV ni sorang-sorang jer.. pada aku, alah.. aku dah biasa merempit naik motor.. apadehal setakat nak bawak ATV sorang-sorang ni..
Tapi aku silap ya gaisss! Tak sama langsung dengan bawak motor.. mungkin aku tak pernah handle atv sebelum ni, aku rasa gayat sangat. Memang aku ketinggalan jauh dibelakang kawan2 lain yang biasa main benda alah ni...
Akhirnya salah sorang pekerja sana tawarkan diri untuk bawak aku.. so aku duduk belakang diam2 je la sambil ambik gambar dan menikmati pemandangan hutan. haha!
Sebelum memulakan aktiviti yang gagal untuk aku.. muka kemain ceria..
Tazabarrrr
Dak Ila yang pro bawak ATV.. Yatz seronok je dok belakang..
Time ni aku dah duduk kat belakang, jadi penumpang...
Masa untuk terjun tiruk kat sungai.. tapi aku taknak, gayat. hahaha
Steady Puan Ainon dengan Kinah.
Tu jer la serba sedikit cerita aku masa naik ATV kat Janda Baik ni.. sebenarnya ni la pencetusnya untuk aku cuba lagi bawak ATV untuk aktiviti akan datang...
Lama sangat dah aku tak update blog ni.. InshaaAllah dalam masa terdekat aku cuba untuk luangkan masa apa yang termampu... tak tahulah kenapa tahun ni aku malas skit nak update. Sibuk sangat agaknya.
Yeah. Hari ni hari ni gelang aku dah boleh di potong! Sepatutnya aku boleh meneruskan kuarantin sehingga 14/4/21 tapi memandangkan keputusan Swab Test pun dah sahkan aku negatif, batuk aku pun dah semakin kurang maka akan ku bebaskan diri aku hari ni.
Ye la. Aku tinggal rumah sorang2... Banyak benda yang aku perlukan tapi masalahnya, tak ada siapa yang boleh bantu aku. Jadi.. marilah ke PKD Petaling untuk potong gelang lebih awal. Yeah...
Hari ni adalah hari terakhir kita berada di dalam bulan Januari. Dan ini adalah penulisan pertama aku untuk tahun ini... penulisan yang mungkin lebih menjurus ke arah luahan perasaan, atau ketidakpuashatian, meluahkan rasa terkilan ataupun menonjolkan rasa kegembiraan...
Banyak perkara berlaku pada bulan ni. Kegembiraan dan kesedihan bercampur aduk dan menjadikan emosi aku seakan tidak stabil. Ketawa dan menangis. Sendiri. Tiada siapa yang memahami. Tiada siapa yang berada disisi. Nampak aku gembira pada luaran, selalu menghiburkan dan menyakat rakan sekerja... tapi hakikatnya... Hanya Tuhan yang tahu...
Berbalik kepada kisah yang berlaku dalam hidup aku sepanjang januari ni... Yeah! Alhamdulillah. Seawal tahun dah dapat khabar gembira, suami aku dinaikkan pangkat dan akan memulakan tugasnya di Mersing dalam masa terdekat. Rezeki Allah nak bagi.. tapi? Macamana dengan anak-anak aku? Aku tinggal di Subang... Suami aku kerja di Mersing, dan anak-anak di Kota Tinggi? Ya Allah.. kesian anak-anak aku... walaupun suami aku berjanji akan ulang-alik setiap hari dari Kota Tinggi ke Mersing, tapi berapa jam sangatlah masa yang dapat diperuntukkan untuk anak-anak? Sebelum ni aku mengharapkan dia untuk beri sepenuh perhatian buat anak-anak, tapi kalau masa dia pun terhad, macamana? Perkara ni membuatkan aku jadi runsing.
Dengan Covid-19 yang semakin meningkat ni, walaupun dibenarkan pasangan yang berjauhan untuk berjumpa dengan kebenaran polis, tapi aku sentiasa tak yakin. Dengan keadaan kes di Selangor yang makin meningkat, dengan kes yang membabitkan anggota tempat bekerja... dengan urusan yang melibatkan dengan orang awam yang aku pun tak tau apa status kesihatan dia, aku jadi sangat tak yakin untuk pulang ke kampung. Aku risau yang aku akan terbawa balik virus yang pastinya akan membuatkan aku menyesal seumur hidup. So, dengan rasa yang agak berat, aku buat keputusan untuk simpan dulu hasrat pulang ke kampung. Biarlah berkurang sikit kes covid ni, walau aku pun tak tahu sampai bila... Tak apalah... Biarlah masa yang tentukan.
Pada 28/1/2021 pada jam 12.32 pagi, Pak Utih aku telah kembali ke rahmatullah. Sedih sangat sebab aku tak dapat nak pergi ziarah dan aku lama tak jumpa dia sebelum ni.... cuma aku ada terkilan beberapa perkara yang membuatkan sesekali air mata aku ni jatuh tak tertahan...
Di sini aku ringkaskan...
1) Pak Utih aku ni dari muda jenis yg agak malas skit. Dia bercerai pun masa umur dah banyak, dalam 50lebih jugak la.. sebab bini dia tak tahan dengan perangai dia..
2) Masa dia sakit, pak uda aku perli2 dan membebel.dalam grup family kitorg. Pak uda aku sound dalam group family tu, apa nak jadi dengan hashim ni.. suruh solat taknak solat.. bla bla bla la.. tapi memang nampak agak menghina gak la.. walhal dah lama dia tak jumpa pak utih aku.. dia x tau pun pak utih aku tu solat ke x.
3) Anak-anak pak utih aku sentap bila pak uda aku cakap mcm tu. Sebelum dia left grup, dia cakap, sebagai abang, kakak dan adik, dia tak perlu hina dalam grup ni secara terang-terang sepatutnya, hidup ini diuji adalah ketentuan. Pastu dia left grup ( serius kalau aku berada kat tempat dia, mesti aku akan buat benda yang sama).. Pak Uda aku tak dapat terima kata-kata sepupu aku tu, then dia balas.. " yang marah tunjukkanlah muka nak tengok betapa hebatnya dia".. Allah... aku tak tau nak cakap camana bila baca wasap tu...
4) Sehari dua lepas tu pak utih aku meninggal. Mak aku forward kat pak uda aku satu video ni tentang "Yang Aku Takut".. Video ni ada menunjukkan tentang aib saudara... Pastu malam tu pak uda aku call mak aku sebab dia tak boleh nak tido, fikirkan apa yang dia dah buat.
5) Apa yang berlaku, makcik aku yg datang tengok arwah, semua kata muka dia bersih, putih dan wangi. Ye la.. kita x tau apa amalan yg dia dah buat.. Kita tak tau apa amal kebajikan yang dia dah buat sehingga amalannya di angkat oleh Allah. Pak Uda aku siap call makcik aku nak tau macamana keadaan jenazah.. mesti dia fikir yang buruk-buruk jer. Bila makcik aku cerita apa yang berlaku, dia kata wangi tu sebab orang yang madikan jenazah tu letak minyak wangi... sebab tu la wangi.. Allah... sebak aku dengar... abah aku memang naik angin dengan Pak Uda aku ni sampai mak aku kata, mak aku tak sampai hati nak cerita abis kat abah, sebab air mata abah dah meleleh... sebak. Jarang abah aku tunjukkan emosi dia kat mak, tapi kali ni dia tak dapat tahan dah...
Aku tak tau apa masalah pak uda aku ni... Padahal lepas pencen ni dia dok masjid je.. agaknya mungkin dia rasa diri dia hebat kut.. tapi dia lupa, dosa dia dengan Allah, Allah ampunkan kalau kita bertaubat. Tapi dosa sesama manusia.... Macamana dia nak minta maaf kalau org tu dah tak ada?
Hari ni kami datang ofis saja2 jer buat syarat sebab memang kami tak ada kerja pun hari ni. Semalam dah tutup akaun tahunan, so okaylah. Hari ni rilek2 gosip2 makan2 sambil menikmati hari terakhir tahun 2020 ni.
2020 - walaupun aku tak nampak kereta terbang, tapi Alhamdulillah.. dalam Foodpanda aku nampak Gerai Roti Canai Terbang... Dah beberapa kali juga aku order. Sedap.
2020 - walaupun permohonan pertukaran aku dah expired dan aku buat permohonan baru, aku tetap bersabar menanti dan terus menanti agar aku dapat duduk sekali dengan suami dan anak-anak aku di Johor.
2020 - lebih banyak masa aku duduk di rumah disebabkan PKP yang diumumkan kerajaan untuk mencegah pandemik covid dari terus menular, lebih banyak yang aku pelajari tentang diri aku sendiri. Aku ingat aku kuat duduk sini sorang2 tanpa suami dan anak2, padahal aku lemah, teramat lemah. Allah jer yang tau apa yang aku rasa. Mungkin aku tak tunjukkan pada orang lain, tapi perasaan tu. Susah nak gambarkan..
2020 - pencapai tertinggi aku... Berat terberat paling berat dalam sejarah hidup aku. Sampai aku rasa tak sanggup nak naik atas penimbang tu. Takut penimbang tu pun maki aku sebab berat. Haha. Ok. 2021 aku diet. Janji.
Ni aktiviti harian aku hari ni...
Sarapan pagi ni Mak Reha belanja Roti Sardin.. Alhamdulillah.. jimat duit untuk sarapan.
Tengahari diorang ajak pergi warung Corona kat Kampung Tengah. Katanya masakan kat sini sedap
Order nasi goreng ikan masin jer ..
Balik kerja aku singgah ST Rosyam Mart yang baru buka kat Taipan. Nak cari bahan untuk masak oden malam ni.
Sorang2 mengoden pun jadi ... Simple tapi puas hati..
Maka dengan ini berakhirlah 'THE CHAPTER 2020' yang aku tulis sekadar mencabar diri aku supaya ada sesuatu yang aku lakukan setiap hari (walaupun kebanyakannya tertangguh sehingga berhari2) supaya aku tak membazirkan waktu aku dengan buat sesuatu yang tak mendatangkan hasil.
Menulis bukanlah hobi dan kepakaran aku. Tapi aku menulis sekadar suka-suka walaupun kadang kala hanya gambar yang aku naikkan tanpa sebarang caption bila mood kemalasan aku berada di tangga paling atas. Dan apa yang paling penting, ianya akan dijadikan sumber carian aku pada masa akan datang bila aku rindu apa yang aku telah lakukan sebelum ini.
Penutup tahun 2020, aku berterima kasih kerana tahun ni memberikan aku pengalaman baru dan lebih menghargai kehidupan dengan berdepan dengan serangan sang Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Aku mengharapkan tahun 2021 yang bakal menyusul akan memberikan kenangan dan pengalaman yang lebih indah, malah kalau boleh, aku nak cipta satu kenangan manis yang akan aku kenang sampai bila-bila.