Sahabat

Halaman

23 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Keenam

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 23, 2015 0 comments

Alhamdulillah... dah masuk hari keenam aku beratkins dan aku masih bersemangat untuk teruskan program ni...

Jom tengok menu aku hari ni...

                              SARAPAN PAGI


                           MAKAN TENGAHARI


MAKAN MALAM

*makan malam aku makan sebatang sosej jer... 

Ni la menu aku hari ni.. tapi tak tau la kenapa aku tak ada selera nak makan... dan macam biasa, Sue bantu aku habiskan makanan... hehe!

22 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kelima

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 22, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Masuk hari kelima.. semangat nak kurus makin berkobar2, tapi bila nak masak tu dah mula rasa sedikit malas lebih2 lagi bila nampak telur... tapi.. apakan daya... terpaksa kutelan jua walaupun hati dan jiwa meronta2... yerla... telur la yang paling murah dan senang.. haha!


SARAPAN PAGI

Telur dadar gulung berintikan sayur campur dan hirisan ayam panggang...
Gulung lagi... terpaksa gak gulung sebab box aku tu memang saiz macam tu.. haha! 

MAKAN TENGAHARI

Cauliflower goreng kampung... (konon2 feel macam makan nasi goreng kampung la...)

MAKAN MALAM

Sup Ketam Simple tapi sedap... berselera sungguh aku makan setelah berkali2 makan ayam dan telur.. hehehe!

Aku dah mula rasa loya2 nak muntah.. pening-pening kepala.. diorang kata ni normal.. sehari dua jer.. harap2lah.. dah rasa macam orang mengandung dah.. asyik nak muntah jer...

daaaaaaaaaaaaaa!

21 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Keempat

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 21, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt..

Bersemangat betul aku pagi ni. Apa tidaknya, pagi tadi aku timbang berat dah turun 3.5kg dalam masa 3 hari aku beratkins. Hari ni masuk hari keempat dan aku semakin bersemangat untuk menurunkan kilo2 yang sering menghantui aku selama ni.. haha!

Semenjak beratkins memang wajib bagi aku seawal pagi masuk ke dapur... walaupun mengantuk sebab malam tadi tidur lewat, tapi aku gagahkan juga untuk bertukang kat dapur..

Dan inilah hasilnya..

SARAPAN PAGI

Telur gulung bersama meatloaf dan cheddar cheese


MAKAN TENGAHARI

Ayam Percik Atkins..

MAKAN MALAM



Pagi ni aku dah mula rasa lain macam... lain macam bila pandang telur.. adoiyai.. berapa hari dah makan telur rasa muak pulak..loya tekak.. tak tertelan dibuatnya.. huhu! tapi akan kucuba bertahan demi misi yang satu... KURUS !!!

20 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Ketiga

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 20, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Masuk hari ketiga, aku masih mampu bertahan dan masih bersabar dalam menyediakan bekalan untuk dibawa ke ofis setiap hari. Memang kena bangun seawal sebab biasanya jam 6.30am aku dah keluar rumah untuk mengelakkan trafik jem.

Ok. Ni menu untuk hari ni.. bekal yang aku bawa ke ofis memang lebih dari keperluan aku, sebab bff aku nan seorang tu pasti akan join makan sama bekal aku tu walaupun tak dipelawa.. kadang2 dia yang makan dulu dari aku.. hahahaha senget tul dia.. tapi aku tak kisah pun walaupun dia bukannya follow diet atkins ni.. dia tumpang makan jer... :p

 SARAPAN PAGI

Murtabak Sardin -  aku makan 3 potong.. tak tau la berapa anggaran carbs yang aku ambil...

MAKAN TENGAHARI

Ikan Salmon Grill dan Sos Salsa - Ikan Salmon tu pun aku makan sekeping je.. sekeping lagi Sue yang makan dengan penuh selera (dia makan dulu sebelum aku.. macam dia plak yang ber diet atkins ni...) hahahah! :p

MAKAN MALAM

Hotdog Cheese Grilled.. beli kat pasar malam. Harap2 lulus la menu ni . Huhu!

19 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kedua

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 19, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku teruja dan bersemangat sangat. Apa tidaknya, baru sehari aku beratkins berat dah turun 900gram. Yeayyyy!

Ok. Pagi ni seawal pagi lagi aku dah bangun untuk menyiapkan bekal untuk dibawa ke opis... semangat berkobar2. Hahaha! Semoga aku mengekalkan prestasi ni sehingga ke titisan lemak yang terakhir... jangan hangat2 tahi ayam jer ye Dalia...


SARAPAN PAGI

Telur gulung berintikan sayur campur dan hirisan ayam panggang,
 dan cauliflower + brokoli celur..

Sampai opis, Sue tanya aku bawa makanan apa.. aku tunjuk kat dia bekal aku..  terus je dia makan tanpa toleh kiri kanan sampai habis satu  bahagian bekal aku... hahaha! dia tu memang selamba.. tapi aku suka sebenarnya kawan macam dia.. jenis tak kisah..

Resepi : Untuk inti, cincang 2-3 ulas bawang putih.. tumiskan dengan sedikit minyak. Masukkan capsicum yang dipotong dadu dan juga cauliflower yang dipotong kecil. Carikkan ayam panggang dan gaulkan.
Dadarkan telur. letak inti dan gulung..

MAKAN TENGAHARI

Ayam panggang, cauliflower dan brokoli celur untuk tengahari. Tak sempat lagi nak buat stok untuk sos.. so makan kering jer la.. Semoga aku kenyang sampai petang...

MAKAN MALAM

Sebenarnya balik keje tadi tak tahu nak masak apa... ingat tadi nak masak sayur bayam tumis air je.. sekali tengok bayam macam dah tak berapa segar.. akhirnya terjadilah menu dinner ni..

tapi oleh sebab aku tak pandai lagi nak kira carbs, aku tak berani nak makan banyak sebab takut dah terlebih 20g untuk hari ni.. so aku share dengan encik asben.... 

Yang ni pulak untuk Ainul dan Arissa.. takder sayur.. Ainul tu puas aku paksa dia suruh makan sayur, tapi taknak juga.. sanggup tak makan kalau aku letak sayur.. nak taknak terpaksa la buatkan asing untuk dia... tanpa sayur.. licin pinggan.. berapa kali Ainul kata sedap.. minta mama buatkan lagi...
Resepi untuk inti sama jer dengan resepi untuk sarapan tadi cuma ayam panggang aku gantikan dengan bebola ayam.. 



Ok. Semoga esok dan hari seterusnya aku sentiasa bersemangat untuk teruskan diet atkins ni... 

Daaaaaaaa!

18 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Pertama

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 18, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari ni adalah hari pertama aku memulakan fasa pertama dalam Atkins Diet. Aduh. Besar juga dugaannya.. Malam semalam aku ke Nilai pergi rumah sepupu aku.. sebelum balik dia bagi aku 2 bekas kek keju meleleh blueberry.. adoiyaiiii... pagi tadi encik asben dan anak2 berselera betul makan kek tu kat depan aku.. nasib baij la aku boleh bersabar.. kalau tak...

Sebelah malam pula aku pergi jumpa geng lama aku kat Ayam Penyet Ria @ Summit. Alhamdulillah.. masih dapat kawal nafsu makan sebab sebelum keluar rumah memang aku dah makan kenyang2 sebab aku takut kalau aku lapar nanti abis keimanan aku jatuh satu persatu tengok makanan dan minuman manis depan mata. hehe!

Ok. Jom tengok apa yang aku makan pada hari pertama induksi ni...


SARAPAN PAGI

Spinach Omelette

Resepi : Telur 3 biji, bayam dan sedikit garam

MAKAN TENGAHARI

Ayam Panggang dan Sayur Celur Atkins
Ayam sebelum dipanggang...
Resepi Ayam Panggang : Ayam dicuci bersih dan dibuang kulit
Bawang putih, bawang mewah, halia, lada hitam, garam dan sedikit cuka apple. Marinade selama 2 jam. Panggang.


MAKAN MALAM

Sup Sayur dan Bebola Ayam Atkins

Resepi : Bawang putih, bawang merah ditumbuk, kemudian tumiskan.. masukkan air.. kemudian bolehlah masukkan bebola ayam atkins dan sayur serta sedikit garam. kalau suka boleh tambah lada hitam atau cili api. Siap!


Go go chaiyok Dalia !!!  Aja aja fighting !!

hahaha senget !!

17 Januari 2015

Menu Atkins : Bebola Ayam Cheese Atkins

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 17, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Disebabkan oleh esok aku akan memulakan program induksi (fasa 1) Atkins Diet, so hari ni aku dah shopping sikit kat Giant Kota Damansara bahan mentah untuk aku masak nanti. Ayam, bayam, telur, kewpie mayo, cuka epal, dan macam2 lagi.

Balik dari shopping, aku terus memulakan operasi membuat bebola ayam supaya senang bila aku nak masak nanti...

Ni resepi bebola ayam cheese atkins yang aku buat.. simple jer..

Ayam (blend kering)
daun sup (cincang halus)
bawang putih (blend)
bawang merah (blend)
garam
telur (1 biji)
Cheese cheddar (dipotong kecil)





Aku gunakan 3 keping dada ayam harga dalam RM8+ .. dapat lebih kurang 66 biji bebola ayam.. okla kan... tapi kalau tengok bebola yang aku buat tu tak sama saiz.. ada kecik ada yang besar.. tapi x tak kisahlaaaa...

Hehe!

15 Januari 2015

Program Gaya Hidup Sihat : Senamrobik ( 15/01/2015 )

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 15, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt.....

Aktiviti pagi ni... senamrobik... memang best dapat keluarkan peluh pagi2 macam ni... kalau hari2 IPD buat ssenamrobik pun aku rela.. nak kurus la katakan.. hahaha poyo!

selepas bersenamrobik... muka pun macam apa tah.. berpeluh...


eh eh! encik Man ni dah kenapa? buat kiyomi ker?



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review