Top 5
-
Assalamualaikum wbt... Dalam sibuk kempen Buy Muslim First, aku terjumpa tentang satu artikel berkenaan Villa Zaitun yang pernah dimi...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt.... Syukur Alhamdulillah.. hari ni 23 September 2013 genap umur aku 33 tahun.. walaupun masih terasa seperti sweet 23, ...
-
Alhamdulillah... Hari ni rezeki makan keropok lekor pemberian tuan rahman yang baru balik dari bercuti ngan family dia ke pantai timur... s...
-
Ermmm... entah apa2 entry aku ni kan? tetiba je rasa macam nak share sesuatu kat sini tentang sumber inspirasi ataupun dengan kata lain ...
-
Assalamualaikum wbt... Hari ni aku berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku merangkap teman serumah masa zaman muda2 aku ...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
-
Assalamualaikum wbt Ku terpaksa dan dipaksa. Oh aduhlaaaa.. camana aku boleh terjebak dengan tarian untuk majlis makan malam perkep ni. ...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
04 Mei 2019
Lirik Lagu : Cinta Bandar tasik Selatan ~ Olan
Cinta Bandar Tasik Selatan ~ Olan
Tiada apa yang dapat kurasakan
Selain dari cintaku padamu
Tiada lafaz sendu yang terindah
Yang dapat kugambarkan padamu
Bersama janji kita padukan
Seindah rindu yang dirasakan
Iringan bayu senja yang bertiup
Membisikkan cintaku padamu
Mengapakah perpisahan
Terjadi dalam cintaku
Ketika ku memerlukan kasihmu
Bandar Tasik Selatan
Mencermin kenangan syahdu
Berderai airmata piluku
Mengapakah perpisahan
Terjadi dalam cintaku
Ketika ku memerlukan kasihmu
Bagaikan dedaun layu
Yang gugur kekeringan
Dahaga mengharapkan rindumu
Senyum tangis sendamu
Sentiasa di hatiku
Namun kini kau tiada bersama
Oh! Berikanku sinaran
Agar dapat ku tempuh
Perjalanan hidupku
Bandar Tasik Selatan
Mencermin kenangan syahdu
Berderai airmata piluku
02 Mei 2019
Keranamu PSM...
Assalamualaikum wbt
Inilah harinya. Setelah melalui beberapa hari yang sangat hectic. Almaklumlah... semua nak buat last minute. Penyudahnya, berapa malam aku tak dapat tidur dek kerana menyiapkan laporan tesis ni.
Dan hari ni... tarikh akhir untuk penghantaran ke pejabat UTM di Skudai sebelum jam 3 petang. Alhamdulillah. Walaupun terdapat beberapa halangan dan rintangan, berjaya juga aku hantar sebelum waktu yang ditetapkan.
Dan sekarang bersedia untuk viva pada 16 Mei 2019!
28 April 2019
Labour Day Run Ride 2019
Assalamualaikum wbt
Program : Labour Day Run Ride 2019
Tarikh : 28 April 2019
Lokasi : Dataran Putrajaya
Lama sangat dah aku tak join mana-mana run. Bukan saja run, hiking pun dah lama aku tak buat. Memang sibuk memanjang. Tapi kali ni aku sempat pergi ke Labour Day Run kat Dataran Putrajaya. Ini pun sebab aku terrr daftar masa awal2 dia bukak penyertaan. Kalau tak pergi rasa macam rugi pulak sebab dah bayar. Tengok hadiah cabutan bertuah dia pun lumayan sangat (tapi tak pernah letak harapan untuk dapat sebab tak pernah sekali pun bertuah.. haha)
Run kali ni aku redah sorang-sorang. Ye la.. lepas daftar aritu aku lupa nak inform kawan2 kawan aku. Tapi takper la... nasib baiklah aku ni sejenis yang lone ranger, boleh buat apa je sorang2.
harap-harap.
03 April 2019
Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019
Assalamualaikum wbt...
Hari ni bermula lah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019. Bagi team wanita, perlawanan diadakan di Persada Plus manakala bagi team lelaki di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
Game tahun ni aku memang sedikit frust disebabkan kaki aku masih bengkak akibat daripada kemalangan motor Sabtu lepas masa balik dari training bola tampar. Serius aku frust sebab tak dapat bantu team aku masa game walau sekejap.
Setiap kali nak game bola tampar, mesti ada dugaan buat aku. Dan kali ni aku buat keputusan nekad, inilah game terakhir bola tampar aku. Lagipun aku tengok anggota2 baru ramai yang boleh main. Dah sampai masa untuk aku undur diri dan hanya fokus pada pingpong je.
Aku harap untuk game kali ni kawan2 aku dapat buat yang terbaik dan berjaya melangkah ke peringkat yang terbaik. Aku hanya mampu bagi semangat dari tepi gelanggang je. Tu je yang mampu aku buat sekarang ni.
Okay gais. Untuk game esok menentang Shah Alam selaku juara bertahan, aku harap korang berjuang sehabis baik sebab aku yakin korang memang mampu. Go go chaiyokkkk!
Hari ni bermula lah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2019. Bagi team wanita, perlawanan diadakan di Persada Plus manakala bagi team lelaki di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.
Game tahun ni aku memang sedikit frust disebabkan kaki aku masih bengkak akibat daripada kemalangan motor Sabtu lepas masa balik dari training bola tampar. Serius aku frust sebab tak dapat bantu team aku masa game walau sekejap.
Setiap kali nak game bola tampar, mesti ada dugaan buat aku. Dan kali ni aku buat keputusan nekad, inilah game terakhir bola tampar aku. Lagipun aku tengok anggota2 baru ramai yang boleh main. Dah sampai masa untuk aku undur diri dan hanya fokus pada pingpong je.
Aku harap untuk game kali ni kawan2 aku dapat buat yang terbaik dan berjaya melangkah ke peringkat yang terbaik. Aku hanya mampu bagi semangat dari tepi gelanggang je. Tu je yang mampu aku buat sekarang ni.
Okay gais. Untuk game esok menentang Shah Alam selaku juara bertahan, aku harap korang berjuang sehabis baik sebab aku yakin korang memang mampu. Go go chaiyokkkk!
Categories
Bola Tampar,
Sukan
01 April 2019
Tugasan SHAR 3053 : Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja ( OSHA )
Assalamualaikum wbt
Pada 28 March yang lepas kami telah ke tapak pembinaan Samsung C & T, di Lot 91 KLCC di Jalan Kia Peng bagi memenuhi tugasan SHAR 3053 : Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja (OSHA). Secara jujurnya, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke tapak pembinaan dan di bawa setinggi tingkat 36 dalam bangunan yang masih belum siap.
Macam-macam perasaan yang aku rasa. Walaupun ada sedikit perasaan takut dan berdebar, tapi dalam masa yang sama aku rasa sangat teruja! Inilah peluang yang takkan datang berkali-kali dalam hidup aku, dan peluang yang mungkin sekali ni akan aku gunakan dengan sehabis baik.
Antara aktiviti keselamatan yang diamalkan oleh semua pekerja Samsung C&T ialah “ToolBox Meeting”. ToolBox Meeting adalah mesyuarat keselamatan tidak formal yang memfokuskan pada topik keselamatan yang berkaitan dengan pekerjaan tertentu, seperti bahaya di tempat kerja dan amalan kerja yang selamat. Mesyuarat biasanya dibuat dalam jangka masa pendek dan biasanya dijalankan di tempat kerja sebelum bermulanya kerja atau pergeseran kerja. Ianya meliputi topik seperti bahaya tempat kerja, dan amalan kerja yang selamat.
Kunjungan ke tempat kerja harus dijadualkan untuk membiarkan pekerja membiasakan diri dengan tata letak dan lokasi projek. Ianya penting bagi memastikan bahawa setiap pekerja tahu dimana lokasi bahan dan alat PPE itu disimpan, lokasi kit pertolongan cemas dan arahan ke hospital yang paling hampir dengan tapak pembinaan. Pastikan para pekerja tahu siapa pengurus atau penyelia keselamatan mereka harus melaporkan kepada jika kemalangan berlaku atau jika mereka menyaksikan amalan kerja yang tidak selamat. Beritahu pekerja bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menghentikan kerja untuk membetulkan tindakan atau syarat kerja yang tidak selamat.
Amalan di Samsung C&T Toolbox Meeting dijalankan setiap hari mengikut unit dan “Grand Toolbox Meeting diadakan setiap bulan untuk peringkat syarikat yang mana melibatkan setiap peringkat dalam organisasi, pembekal, klien dan juga konsultan. Budaya mengadakan toolbox meeting ini merupakan satu budaya Samsung C&T yang diamalkan di seluruh dunia.
Objektif utama melaksankan “Grand ToolBox Meeting” adalah bagi membentangkan progress kerja dan juga perancangan kerja bagi bulan yang tersebut. “Grand Toolbox meeting” merupakan satu medium di mana pengurusan dan juga pekerja dari setiap peringkat dalam organisasi agar dapat bertukar fikiran dan membincangkan permasalahan yang timbul. Dari aspek “Safety & Health” “Toolbox Meeting” di Samsung C & T merupakan medium bagi pengurusan mengingatkan kepada pekerja aspek keselamatan yang perlu diambil kira dan di patuhi selain itu juga ia merupakan masa yang sangat sesuai untuk pengurusan melancarkan kempen-kempen keselamatan pada bulan tersebut. Di Samsung C&T mereka melaksanakan sistem “rewards & punishment”. Salah satu agenda di dalam “toolbox meeting” adalah di mana pengurusan akan menghargai pekerja yang mengikut dan mematuhi peraturan “safety & health”. Selain dari pada itu pada mesyuarat ini juga akan ditunjukkan serta diumumkan pekerja yang akan didenda sekiranya tidak mematuhi peraturan “safety & health” organisasi.
Hadiah diberikan kepada pekerja / unit yang mematuhi peraturan keselamatan |
Terdapat beberapa kebaikan dalam mengadakan TBM ini diantaranya ialah :
- Malang tidak berbau. Kemalangan setiap hari boleh berlaku. Memulakan setiap pagi dengan mengadakan “tool box meeting” selama 5 atau 10 minit, ia berfungsi sebagai peringatan mengenai kepentingan “safety & health” di tempat kerja.
- Untuk memastikan pengetahuan “safety & health” sentiasa segar dalam ingatan pekerja
- Setiap benda akan berubah. Itu perkara normal. Ia adalah lumrah kehidupan. Sama ada terdapat perubahan dalam peraturan, atau perubahan dalam memperkenalkan alatan ataupun bahan baru. “Toolbox Meeting” boleh digunakan untuk menyampaikan sebarang maklumat baru atau perubahan tersebut.
Kami di berikan setiap seorang harness, topi keselamatan dan juga kasut yang bersesuaian untuk sama-sama mengikuti TBM tersebut sebelum kami dibawa untuk melawat tapak pembinaan yang mana sekali lagi kami didedahkan dengan bagaimana bahaya di tempat kerja boleh terjadi dan mengapa pentingnya penggunaan PPE dalam Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja.
pekerja binaan beratur untuk menunggu giliran menaiki lif... |
menunggu lif untuk ke tingkat 4 |
Antara barrycade yang digunakan. Barrycade ini mengikut saiz standard iaitu 3 meter panjang. |
serpihan simen yang terkumpul di jaring yang disediakan. Jika tidak diletakkan jaring kemungkinan percikan simen tersebut akan terkena pada pekerja. |
antara yang boleh mendatangkan bahaya jika tidak menggunakan cara yang betul. |
Ini adalah mesin pam simen. Simen yang telah dibancuh akan dipam dari bawah menggunakan mesin ini... |
Tangga yang digunakan dalam pembinaan ini. Agak curam dan merbahaya... |
Bahaya mungkin datang dalam pelbagai cara. Yang penting, kita perlu mengutamakan dan mementingkan keselamatan dengan menggunakan PPE yang sesuai. Benda boleh dielakkan. Buat apa nak sakit? |
My team. Azri masa ni dia berurusan dengan pihak lain di pejabat Samsung C & T |
Encik Yuhyi yang banyak membantu kami dalam memberikan maklumat yang diperlukan. |
Sambil menyelam, sambil minum air.. Sambil buat tugasan, sambil menikmati panorama klcc |
Sekian. Terima kasih |
30 Mac 2019
Aku Eksiden!
Assalamualaikum wbt...
Alkisah...
Aku balik dari training bola tampar kat IPD... entah apa malang nasib aku, dah tak jauh sangat dari rumah boleh pulak aku eksiden. Mungkin salah aku la sebab tak berhati-hati masa nak keluar simpang, tapi penunggang moto satu lagi tu pun pada aku salah jugak sebab tak matikan signal motor dia... so mati-mati la aku ingatkan dia nak masuk simpang yang aku keluar tu.
Apalagi... bila aku keluar simpang dan dia jalan terus (aku ingat dia nak masuk simpang tu), maka berlakulah pertembungan antara aku dengan dia dimana motor dia telah menghentam motor aku sekaligus menghentam kaki aku yang sangat berharga ini. Nak menangis rasa sebab tinggal berapa hari je lagi nak hari pertandingan bola tampar.
Settle semua dah malam jugakla... rasa menyesal jugak sebab tak gunakan medical card aku dan pergi ke hospital swasta, tapi bila fikirkan yang aku mesti warded untuk claim insurans, aku lupakan je hasrat tu memandangkan game bola tampar dah dekat.
Kan?
Categories
apa2 aje
25 Mac 2019
Langgan:
Catatan (Atom)