Sahabat

Halaman

23 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 205 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 23/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-128

Sakit perut yang aku kena ni makin menjadi pulak. Terpaksa masuk ofis lambat, dan balik keje awal sebab nak pergi klinik. Malam tak boleh tidur, menahan sakit. 


Kirim kat Kak Sariha sup ayam klasik kat USJ 1...
Pergi kerja pun tak boleh nak fokus buat kerja. Rasa bersalah juga tapi tak boleh nak buat apa... di luar kemampuan... karang kalau aku ambil cuti kecemasan, takut ada yang berbunyi pulak... tu yang aku malas tu..

Terpaksa juga pergi klinik.. lama sangat dah ni menanggung sakit... walaupun sakit tu kejap on kejap off...

Sementara tunggu doktor buat ultrasound.. dah macam mengandung pulak dibuatnya. hahaha...

Sedap pulak baring berselimutkan selimut klinik ni... hangat jer... haha

Adeh. Nasib baiklah hari ni dah gaji...

Oleh sebab aku nak makan ubat klinik, terpaksa jugalah makan makanan yang berat. Doktor dah pesan, ubat yang dia bagi tu powerful. So jangan biarkan perut kosong dan makan makanan yang berat... 

Malam tu adik ipar aku satu keluarga datang dari Johor. Anak aku, Arissa pun ada ikut. Hilanglah rindu mama kat Arissa kejap. Si kakak pulak jeles sebab Arissa dapat ikut, dia kena tinggal sebab kereta tak muat... Alang-alang adik ipar aku datang, aku mintak dia repair tangki bilik air aku tu kalau boleh.. kalau tak settle gak takper, baru aku panggil plumber nanti.

22 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 204 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 22, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 22/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-127




hari ni aku tak sempat nak masak... so aku tapau la apa yang ada kat kantin yang agak-agak boleh dimakan. Ayam tu bersalut tepung, so aku buang la yang tepung tu walaupun ada gak aku buat2 termakan sikit.

Kalau nak tau, ni lah tok ketua geng diet aku... tapi tengoklah apa yang ada kat tangan dia tu... air gas!!! poyo jer nak kurus... bila aku amik gambar nak hantar kat grup kurus kitorang, cepat2 dia tutup muka. haha

petang pergi main badminton jap kat USJ 23


Balik dari main badminton, masak lagi menu yang sama macam semalam. Senang... abiskan terus stok sayur yang ada...

21 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 203 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Julai 21, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 21/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-126

Perut aku sakit lagi. Walaupun aku dah terbiasa kena macam ni dari aku sekolah rendah, tapi kali ni adalah yang paling teruk sekali. Biasa paling lama pun dua minggu jer, kali ni dah nak masuk tiga minggu. Memang aku stress sangat... Menanggung sakit sorang-sorang kat sini... sedih sangat.


Sakit, sakit jugak. Diet tetap on. Murtabak sardin versi lulus atkins.

Menu yang sama macam semalam...

20 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 202 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Julai 20, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Isnin : 20/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-125




Bekalan aku hari ni...

Anak aku si Ainul tu sibuk suruh aku buatkan Cornflake Salted Egg... time2 macam ni malas la aku nak buat... aku beli jer yang dah siap.. hehe.. cuma dia ada kat Johor... kena tunggu la aku bawak balik sana nanti baru dapat makan..

Menu sarapan aku... ni yang paling mudah untuk aku buat kat opis

Kak Sariha pergi pergi tapau kat Restoren Nasi Ayam Klasik Usj 1, aku kirim kat dia kari ikan jenahak.. teringin pulak nak makan... cuma aku makan ikan jer la.. kuah aku bagi orang lain..

Balik kerja aku singgah pergi repair motor jap... barulah confident sikit nak bawak musim2 hujan macam sekarang ni..

stress aku barang yang aku order kat shopee, tak dapat penuh. Aku tak taulah samada penjual tu tak masukkan cukup atau hilang masa penghantaran tu.. sebab masa aku terima parcel tu, plastik tu memang dah terkoyak kat luar dia...

Menu makan malam aku... sedap. haha

19 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 201 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Julai 19, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Ahad : 19/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-124


Ahad. Hari untuk aku berehat.... 


Jus Alpokat versi diet.. guna whipping cream dan stevia

Menu tengahari merangkap menu makan malam...

18 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 200 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Julai 18, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 18/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-123

Lama sangat dah tak hiking dan beraktiviti luar.. so hari ni aku dan geng ( Yatz dan Tini ) plan nak ke suatu tempat yang boleh hiking / trekking secara santai supaya tak pancit. Almaklumlah berbulan-bulan dah tak bersukan, stamina puntak ada...

Setelah berbincang, kami buat keputusan untuk ke Taman Tugu, KL. Selain trek yang santai, dengar cerita banyak tumbuhan-tumbuhan yang menarik di sana. Bolehlah aku belajar untuk mengenal jenis dedaunan dan pokok-pokok yang biasa aku dengar, tapi tak tau rupa macam mana. yang ni akan aku kongsikan di entry yang berbeza nanti. InshaaAllah.

Menuju ke meetpoint kami iaitu di IPD Subang Jaya.. naik satu kereta lebih mudah katanya. Duit minyak dan tol boleh tong tong sorang sikit. So bolehlah berjimat cermat di zaman Covid-19 ni...

Parking sebelah Tugu Negara.. nak park kat parking atas semua penuh dah..

muka ada ceria walau sembap..

dari parking nak ke entrance jauh gak kena jalan kaki. tapi takper.. exercise kannnn

punyalah panjang que nak masuk tu... tapi takperlah.. yang penting kita ikut SOP..

sempat lagi berselfie...

Bila orang dewasa jumpa buai dalam hutan.. dengan harapan jumpa putera raja yang akan wariskan harta ke kita...


Balik dari Taman Tugu, ambil kereta kat IPD pastu terus ke Giant USJ... beli tanah dengan biji benih..

Menu makan malam aku...

17 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 199 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Julai 17, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 17/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-122

Hari ni kat tempat kerja aku agak sibuk sikit. So takder lah banyak yang aku nak cerita..

Bekal aku hari ni.. Nasi Goreng Kampung Konjac dan ayam goreng...

Petang pergi logistik jap... tengok2 si Ijan dah bertukar jadi kucing. Dengan muka serius pulak tu menghadap komputer... terhibur aku dibuatnya.. apa taknya, si Ijan yang pot pet pot pet tu dah bertukar jadi serius.

Balik kerja petang tu aku bawak kereta sebab tengok langit macam menyeramkan jer... macam nak runtuh.. gelap.. berat..  sarat

Singgah kedai runcit area depan rumah jap... cari lauk sikit...

Buah yang paling rendah karbo.. makan macam tu jer memang tak sedap... tapi kalau blend jadikan jus alpokat memang sedap giler....

Jus alpokat versi atkins... takder gula.. takder susu...

Malam dok tengok pokok2 tanaman aku yang confirm tak lama lagi mati dek disebabkan oleh tangan aku yang panas ni.

Bayam Brazil di sebalik daun pandan...


16 Julai 2020

Chapter 7 : Julai 2020 ~ Page 198 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Julai 16, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 16/07/2020

PKP / MCO : Hari Ke-121


Bekal aku hari ni. Dah berapa hari teringin nak makan ikan goreng ni. Tak tau la kenapa terbau-bau je kat hidung ni bau ikan goreng. Padahal senang je kalau nak goreng

Kak sariha boleh pulak bawak kek hari ni. Aku tengok je la.. nasib baik kek tu nampak macam tak sedap, so aku tak terliur sangat la.. (ayat pujuk hati)

Takder rezeki aku kat ikan goreng tadi sebab meletup dalam pinggan kaca time aku panaskand alam microwave kat opis tadi. Akhirnya telur rebus separuh masak la yang jadi pengganti di saat perut aku meraung kelaparan.

Balik kerja aku singgah Giant Usj jap...

Nak cuba tanam kat dalam pasu...

Lauk...

Sedapnya kalau dapat minum jus alpokat ni..

Menu diet untuk makan malam...

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review