Sahabat

Halaman

25 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 269 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, September 25, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Jumaat : 25/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-192

Bila balik naik bas ni, pergerakan memang terhad la sebab tak boleh nak ke mana2. Tapi oklah juga sebab jimat sikit... Takderlah asyik nak keluar jer pergi bandar... Haha

Tempe goreng dengan bendi.
Bila kereta takder dan asben pergi kerja bawa kereta dia, maka terpaksalah aku berbondong2 dengan anak2 jalan kaki pergi kedai runcit nak cari cari barang untuk dimasak.

Mujurlah ada satu kedai baru bukak tak jauh dari rumah. Tapi disebabkan aku ni tak berapa nak ada stamina, maka pewai jugalah aku bila kena jalan kaki ni

Pewai punya pasal, ambik gambar pun bergegar... Haha




Telur masak kicap je. Hahaha. Yer la.. kedai runcit yang baru bukak tu takder jual bahan basah lagi... So memang aku takder lauk la nak masak. Tapi telur masak kicap ni pun dah cukup sedap. Bertambah2 anak2 dan mak anak makan. Sedap yawww!



Adik ipar ajak keluar pergi econsave. Sis on je

Keadaan tv kat ruang tengah tu..


Akaun shopee Ainul... Entah apa la yang dia beli...

24 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 268 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, September 24, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Khamis : 24/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-191

Hari ni aku dah ada kat Johor untuk bersama suami dan anak-anak. Kebetulan hari ni memang Johor cuti, so dapatlah aku luangkan masa lebih sikit dengan keluarga kecil aku.

Nasi goreng tomyam simple untuk sarapan.. cepat jer licin masakan yang simple2 ni lebih2 lagi kalau nasi goreng. Memang favourite diorang.



Brownies dari Ainul... Dia beli sendiri guna duit simpanan dia. Memang sedap brownies ni... Banyak aku aku makan

Petang mintak asben aku belikan mee bandung ni kat warung dalam kampung. Mee Bandung dia memang sedap. Murah dan sedap.... Memang terbaik lah!


Diorang bagi coklat pulak. Mama diet ni.. camana? haha

23 September 2020

Hari Lahir Aku Yang Ke - ?

By Dalia Hassan at Rabu, September 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wvt

Alhamdulillah...

Hari ni genap umur aku 40 Tahun. Sekejap jer masa berlalu.. masuk 4 series dah.

Terima kasih Allah.
Terima kasih mak yang melahirkan aku.
Terima kasih abah memberi didikan yang sempurna kepada aku.
Terima kasih semua.

Syukur
Syukur
Syukur

Masih diberikan nafas untuk meneruskan hidup di muka bumi ini.

Di kelilingi oleh insan-insan yang baik.

Semoga hidup kita semua di rahmati-Nya.

Alhamdulillah.
InshaaAllah.


Chapter 9 : September 2020 ~ Page 267 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, September 23, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Rabu : 23/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-190

Roti sandwich tu aku beli kat kantin tadi.. kueytiaw tu pulak Kak Sariha belikan tadi.
Happy birthday to me!!!!!




Gadis-gadis terhangat di pasaran a.k.a Empat Dara Pingitan


Mangga yang Yatz bagi semalam Sjn Adam dah buatkan jeruk asam boi. Sedap. Mmg cik adam boleh di haraplah. Siap masuk telap bagi aku bawak balik kampung.





Sebelum aku gerak dari IPD tadi, Sue ada bagi aku Nasi Ayam Buttermilk. Mak dia yang minta Sue belikan aku makanan sempena besday aku. Sampai TBS, aku terus pergi ke food court dan makan makanan yang dia bagi ni. Air aku tinggalkan dalam peti ais ofis. Takut nak minum air limau, takut sakit perut dalam bas nanti. Naye je. Haha

Sampai kampung, asben belanja makan Dominos Pizza pulak. Alhamdulillah.... Kenyang



22 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 266 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, September 22, 2020 0 comments
Assalamualaikum wbt


Selasa : 22/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-189



Pagi-pagi Yatz dah bagi aku pelam muda ni. Terliur tengok.. ni kalau buat pelam asam boi memang sedap ni... cuma masalahnya aku ni sejenis yang malas nak membuat. Kalau makan, memang champion. Tapi takper.. sebab aku dah tau siapa yang boleh di harap untuk buat pelam asam boi tu.. Sarjan Adam!!! sebab dia sorang jer yang rajin bab2 macam ni.. haha!

Sarapan aku ni aku beli kat restoren klasik kat USJ 1... spagethi goreng. Tak tau la kenapa kali ni kurang rasa pulak spageti dia ni... biasa kalau beli kat situ, sedap jer tak kira la apa jenis pasta goreng. Agaknya tukang masak dia dah bertukar kut.

Tengahari bedal Ayam Penyet pulak.. Alhamdulillah kenyang...

Petang-petang sambung makan kek coklat cheese yang beli kat Sjn Rohaida semalam... gemuk.. gemuk...

My all time favourite jajan... Super Ring

Selagi tak abis kopok lekor yang cik din bagi ni, selagi tu la dok goreng hari2...

Tu jer cerita hari ni..

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

21 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 265 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, September 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt



Isnin : 21/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-188

Monday blues lagi. Sekarang ni takder mood nak tulis panjang-panjang... bukan ada orang baca pun... hahaha... takderlah.. tak tulis panjang sebab aku selalu tak update hari-hari... simpan cerita. ada masa baru aku update. Kekadang tu sampai berminggu-minggu baru aku sempat update. Tulis pun berpandukan gambar jer. Banyak benda yang nak diceritakan aku lupa.. apa nak buat. faktor usia. pelupa.

Tapau apa jer yang ada kat kantin. Makan macam ni yang sedap. Tomyam tu sebenarnya tomyam yang aku beli semalam, tak makan. So hari ni panaskan jer la. Buat tambah-tambah lauk makan tengahari.

Komputer pulak buat hal... Alahai...

Kek coklat cheese beli kat sarjan Rohaida.. aduhaiiii. macamana nak kurus ni.

Menu makan malam aku. Terbaik kepok lekor ganu yang cik din bagi ni...


20 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 264 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, September 20, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt



Ahad : 20/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-187



Pagi ni menggoreng keropok lekor yang Cik Din bagi kelmarin.. dua bungkus dia bagi kepok lekor terengganu ni. Aku makan sorang, memang lama la baru abis.


Mood membaking cake. Niat asal nak buat kek marble jelita, tapi pewarna takder pula. Yang tinggal cuma coklat emulco jer... so aku buat marble klasik jer la.

Sambil buat kek, sambil menggoreng keropok kering.. sedap nih!


Makan panas2 memang best...


Add caption


19 September 2020

Chapter 9 : September 2020 ~ Page 263 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, September 19, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt



Sabtu : 19/09/2020

PKP / MCO : Hari Ke-186

Hari ni pukul 7pagi aku dah keluar rumah untuk ke surau di Bamdar Saujana Putra. Aku akan join komuniti kat sana untuk melawat ke Kilang buat Al Quran di Putrajaya.

Sempat singgah stesen minyak jap untuk beli roti dan air kotak Dutch Lady.



Diorang sediakan Nasi Lemak Sambal Ayam ni. Memang sedap.

Masa baru sampai kat sana.. untuk lebih lanjut, InshaaAllah aku akan ceritakan di entry yang lain.


Balik dari Putrajaya, masuk opis. Singgah kaunter aduan jap untuk ambik barang aku dengan kak wani yang baru sampai hari ni.



PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review