Sahabat

Halaman

27 Februari 2023

Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highland

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 27, 2023 0 comments

 Assalamuaikum wbt


Cerita balik dari Penang, singgah Cameron Highland sekejap untuk ambil angin. Anak-anak memang suka ke sini.



Ok simpan sini untuk kenangan walau tak banyak gambar..















Cuti - Cuti Malaysia : Cameron Highland, Pahang

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 27, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Dari Penang sepatutnya kami tersua balik ke Subang... tapi rasa macam tak puas pulak perjalanan tu. Sebab lebih kepada cari makan jer.. So on the way balik tu aku bincang dengan asben untuk bermalam di Cameron Highland. Budak-budak lena tidur so kami pun tak bagitau diorang. Bangun-bangun tidur sedar2 diorang dah kat Cameron Highland. Kali ni baru nampak yang diorang teruja (tiap kali cuti sekolah memang akan ke Cameron Highland. So kali ni konon nak kelainan la supaya dorang tak bosan, rupanya memang diorang takkan bosan kat CH ni.. duduk dalam bilik je pun diorang dah happy, tak payah keluar pun takper). Ok kali ni aku dah faham apa kehendak diorang.

Stay kat apartment area Golden Hill.. memang best la kat sini sebab dekat dengan pasar malam.

Pagi selepas checkout keluar, kami singgah jalan-jalan dulu.. cuci mata...






Nasi Lemak Strawberry



Kat sini pun tak banyak gambar. Tapi tak apalah... janji ada...


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

26 Februari 2023

Cuti - Cuti Malaysia : Pulau Pinang, Malaysia

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 26, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt...


Cuti sekolah kali ni aku tak tahu ke mana nak bawa anak-anak pergi bercuti. Kadang-kadang asyik ke tempat yang sama, anak-anak pun jadi bosan. Fikir punya fikir, aku ajak diorang ke Pulau Pinang, jalan-jalan cari makan. Sebenarnya aku buat keputusan on the spot jer.. cakap jer pergi Penang, terus suruh diorang bersiap tanpa book mana-mana hotel. Kiranya main terjah jer...

Dalam perjalanan ke Penang, kami singgah makan dulu di Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkei Perak. Ni memang tempat favourite aku ni.. 

Nasi Bamboo Suangai Klah

                                                   

Selesai makan tengahari, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Sambil-sambil tu aku cuba cari mana hotel yang sesuai untuk kami duduk. Tapi yang membuatkan aku tiba-tiba berdebar sebab kebanyakan hotel telah penuh diisi. Almaklumlah cuti sekolah...


Sementara dapat hotel, kami teruskan perjalanan ke Bukit Bendera. Ini adalah kali kedua aku naik ke sana. Dan kali pertama untuk asben aku dan anak-anak...




Sebenarnya tak banyak pun gambar kat atas Bukit Bendera.. Tapi tak apa lah. Next time boleh datang lagi...

Akhirnya setelah puas mencari secara online di beberapa platform, akhirnya dapat jugalah hotel yang harga pada aku masih berpatutan tatkala di musim cuti persekolahan ni...


Bolehlah untuk kami berempat untuk bermalam sebelum meneruskan perjalanan esok.

Pada sebelah malam, aku dan suami keluar untuk mencari pesembur di Anjung Gurney. Anak-anak taknak ikut, penat katanya... 

Esoknya kami jalan-jalan cari makan kat pulau. Aku pun tak ingat la apa nama tempat yang aku pergi.. Almaklumlah setelah setahun lebih baru aku update blog aku ni (15/05/2024). Gambar pun banyak yang hilang. So aku update apa yang ada jer la supaya kenangan tu tak hilang terus.





Si bongsu


02 Februari 2023

Motivasi Yang Semakin Menghilang

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 02, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt





28 Januari 2023

Hari Keluarga IPD Subang Jaya Tahun 2023

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 28, 2023 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Tahun ni family day IPD sekali lagi buat di Sunway Lagoon pada 28 Januari 2023. Macam biasa, aku tak bawa keluarga sebab suami dan anak-anak aku nun jauh di Kota Tinggi, Johor.




Satu dengan CC Laila

Kembang semangkuk

Aktiviti selepas merajuk dengan trafik




Satu dengan replika gajar



Memanah dulu... panah sehingga ke hatimu..




Merajuk, merajuk juga.. Makanan lunch tetap makan

vuvuzela





Tengok sekejap sebelum aku bawak diri...

Satu dengan Gayethri

Satu dental my bff, Tinie

Sebenarnya aku merajuk... lepas zumba aku terus buat aktiviti sendiri. Merajuk sebab tshirt saiz aku orang lain dah rembat. Dah le aku ni bernais rare, tak ramai saiz aku. Tapi bila ada orang lain ambik, aku jadi geram. Lepas tu aku dapat baju yang bukan saiz aku. Mana la aku tak merajuk, terus takder mood nak join program.




Sarapan pagi


Secara keseluruhannya, aku tak berapa happy dengan family day kali ni. Mungkin disebabkan oleh awal-awal lagi dah ada yang spoilkan mood aku pasal tshirt tu. Terus takder semangat terus..









PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review