Mak aku pernah bagitau, dalam ramai-ramai anak (enam orang adik beradik dan aku anak keempat), paling susah adalah ketika melahirkan aku (yang lahir pada tanggal 23.9.1980@5.10am). Ketika tu mak bertarung nyawa dan selepas aku selamat dilahirkan di rumah, mak dikejarkan ke hospital kerana darah tak henti2 keluar. Kata abah, mak bernasib baik kerana dibawa cepat ke hospital untuk menerima rawatan dan menurut doktor yang merawat mak ketika itu, nyawa mak dalam bahaya jika terlewat walau lima minit pun...
Ya Allah! Sesungguhnya aku sangat bersyukur kerana aku sempat mengenali mak sehingga kini dan walaupun aku tidak menunjukkan atau meluahkan perasaan sayang, hakikatnya aku terlalu sayangkannya! Begitu juga abah... aku sangat sayang kedua2 insan ini kerana tanpa kasih sayang keduanya takkan adanya aku dan adik beradik aku yang lain kedunia ini. Ya Allah Ya Tuhanku... kau panjangkanlah umur kedua ibu bapaku dan berilah kesihatan yang baik kepada mereka. Sesungguhnya aku sangat menyayangi mereka Ya Allah... Kabulkanlah permintaanku. Amin Ya Rabbal Alamin....
0 comments:
Catat Ulasan