Sahabat

Halaman

13 Disember 2009

Terkenang Semasa Dahulu Part 6 : Menanti Saat Kelahiran

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 13, 2009
Kepada sesiapa yg sudi membaca…

Teringat semula saat2 tunggu kelahiran puteriku yang lahir pada tanggal 1 Ramadhan 1427……

Awal2 aku dah bagitahu Tuan Syed, aku nak amik cuti awal seminggu daripada due date, coz kat sini (subang) aku takder sesapa (sedih jer bunyinyer)… asben aku masa tu kije kat johor… aku memang dok jauh dengan asben aku.. sblm aku sakit nak bersalin, aku nak  balik kampung kat Johor…. umah parent aku coz aku nak berpantang kat sana…

klu ikutkan, aku due 2/10/2006..  13/9/06  tu aku g klinik kat subang perdana… sajer je nk  scan tgk keadaan baby camane…  time tu doktor tu kata baby aku breech…. she said that many babies are breech early in pregnancy, but most of them turn to the headfirst position near the end of the pregnancy. So sepatutnya baby aku dah turn to the headfirst position lah, tp dia main2 plak dlm perut aku ni… kejap kepala ada kat kiri, kejap kat kanan…. kejap kat atas…. adoiii….

then, doktor suruh aku datang lg ke klinik jumaat tu, 15/9/2006…. klu baby masih lg breech, dia bg surat untuk rujuk ke hospital… jumaat tu, baby masih lg breech… so doktor bg la surat untuk bg kat sepital…..

Oleh sbb asben aku ada kat kota tinggi, aku suruh dia balik rumah mak terus, x payah naik kl dulu amik aku, lgpun dari kota tinggi ke kl amik masa 4 jam lebih. aku mintak tolong akak aku ngn laki dia amik aku kat subang.. coz aku nak bawak keta aku balik kampung… tak kan la nak tinggalkan keta tu lama2 kat umah…

sblm balik kampung, kitorg sempat singgah umah mertua abang ijat kat wangsa maju coz anak abg ijat sambut besday aritu… mmg makan sungguh2 la… maklumla… nanti berpantang tak leh nak mkn ikut suka…

Sampai jer kampung, asben aku dah ada… esoknya, 18/9/06 (isnin) asben aku anta g hospital.. then, kena tahan wad la…. tengahari tu doktor kata aku kena wat c-section esoknya (selasa) sebab breech baby.. mlm tu aku kena puasa coz esok dah nak wat c-section… klu tak puasa sekurg2nya 6hour, kena ar tanggung risks mcm bleeding, infection and longer hospital stays for both me and my baby. Tak sanggup…

pagi tu berdebar2 gak aku… maklumla… nak operate… pg tu doktor datang check, pastu dia kata kedudukan baby dah normal… so kansel la nak operate coz leh deliver baby secara normal… lega…. hehehehe…. tp doktor tak kasi aku kuar hospital dulu, dia kata nak pantau keadaan baby dlm perut tu… setiap 6 jam nurse datang buat CTG…

boring dok hospital… nasib baik le ada nurse pelatih kat situ… diorg sume best.. tp yg kelakarnya, kul 2.30pm je diorg suka melepak kat katil aku… sbb nak tgk tv.. cerita bawang putih bawang merah… hahahaha….

pagi rabu doktor melawat katil, aku tanya… ‘doktor, bleh tak sy balik umah’… dengan confidentnya doktor jawab… ‘tak boleh!!!’

pagi khamis, aku tanya doktor lg soalan yg sama… coz aku dah boring gler dok hospital walupun baru berapa hari…. dan jawapan doktor sama jer cam hari semalam…

pagi jumaat, aku tanya lg kat doktor… bleh balik tak…. pas dia cek, dia benarkan aku balik selepas kul 2pm…. yahoooo….. tp doktor pesan suruh dtg semula selasa depan…time tu gak aku kol kakak aku suruh amik aku… asben aku takder, selasa petang dah balik kota semula coz rabu dia kije..

dlm kul 2 along aku jemput aku kat sepital… tp dia tak dapat anta aku sampai kat umah mak… dia suruh tgu kat umah dia sampai abah dtg amik aku… oleh sbb aku tak sabar nak balik, aku decide nak drive sendiri balik umah… kelakar… dengan kain batik, kemeja, perut memboyot, aku drive sendiri balik rumah…

syukurla haritu takder road block… klu tak mesti polis/jpj tu pelik tgk aku ngan berkain batik + kemeja… hahahahah… sampai umah kena bebel ngan mak coz berani drive sendiri ngan keadaan macam tu…. 

Pada aku, aku tak kisah semua tu sebab aku dah biasa hidup berdikari, semua lakukan sendiri. Dari mula2 kawin aku dan asben dah duduk berjauhan, sorang Johor sorang Selangor sampailah aku mengandung, hadap sorang diri. Pergi rutin checkup, org lain dtg dengan asben, tapi aku tetap sendiri. Mengidam nak makan apa, semua aku cari sendiri. Dan semua tu membuatkan aku jadi terbiasa.... Pernah tengah sarat mengandung pun aku drive sendiri balik kampung. Sorang2. Takder hal lah. (Konon.. padahal emosi macam apa dah)

Ok sambung cerita asal...

esoknya (23.9.06) besday aku…. asben aku ptg tu baru bertolak balik segamat… so malam la br sampai sini…..
sabtu tu (23.9.06) aku dah plan, esok 24.9 tu 1 ramadhan… so aku nk ajak abang aku g bazaar ramadhan kat segamat…. mcm2 kat otak aku ni aku dah list kan apa nak beli kat bazaar tu… along aku sempat gak gurau kata ‘kita tgkla esok… awak g bazar ke, g hospital’…..

sabtu mlm tu, asben aku sampai….. sempat la dia sambut besday aku mlm tu… mlm tu jugak, aku dah mula rasa cam ada kontraksi… tp tak cakap pon ngan asben, sbb aku ingat tu biasa2 jer… tp dlm kul 2 lebih aku bgtau gak ngan asben.. aku dah tak bleh nak tido coz kontraksi tu… asben nak anta aku g sepital.. tp aku kata tunggu dulu….

pagi tu masa sahur (almaklumla, 1 ramadhan), aku pun sahur gak… asben ckp kat parent yg aku dah start rasa kontraksi tu…. bapak aku suruh asben anta aku kat hospital lepas sahur tu jugak…..
sampai hospital, aku kena wat cesarean haritu jugak… nasib baik aku mmg dah puasa… tp kena tgu 6 jam dikira dari aku sahur pg tu… dlm kul 12pm aku kena hantar kat bilik operation…. masa tu mmg aku takut gler… sampai aku rasa nak mintak tangguh kat doktor tu…. hahahaha… nasib le aku tak cakp betul2 kat doktor tu… klu tak mesti malu sampai sekarang… huhuhuh

tiba masa nak di operate, badan aku sejuk gler sbb takut… doktor bius belakng aku… pastu dari pinggang ke bawah terasa kebas…. aku dapat rasa masa doktor ngah belah perut aku…. cuma aku tak rasa sakit…. aku dapat dengar doktor2 tu bercerita pasal kuih raya, pasal rumah baru… mcm2 la…. padahal semua doktor tu lelaki (yg ni aku rasa malu sangat coz doktor lelaki yg muda belia sambut baby aku).

tepat kul 12.28pm… baby delivered. Doktor bius tu tunjuk kat aku… dia kata cuba tgk baby boy ke girl… aku terdiam jap pas tgk yg tu baby girl… coz masa scan doktor kata baby boy… so kami beli la baju2 lelaki… tp aku happy sgt… sbb mmg dr awal aku mengharapkan anak pompuan… teringat kata sorang pak arab yg aku kenal masa kat pwtc dulu (mr aimen- dia ni kije kat muzium kesenian islam kat lembah perdana) Dia ckp kat aku, aku bertuah klu first baby girl, last baby pon girl…

asben aku kelakar… dia bleh makan gula2 masa ngah tunggu aku kat dlm tu… dia lupa yg haritu puasa… hahaha…. pastu mak aku cerita, masa doktor bg dia azankan baby tu, first time tgk dia mmg happy semacm… mcm kera dpt bunga mak aku kata… beg aku pun ntah mana2 dia tinggalkan.. ye la… pengalaman pertama mak…

ptg tu mak mertua aku sampai…. dia pon happy sgt… cucu pertama.. ye la… asben aku adik beradik 2 org jer… semua dah beso.. dah lama dia tak pegang baby… sampaikan masa dia salam aku, sepatutnya aku yg cium tgn dia…. tp oleh sbb dia happy sgt sampai tak sedar masa salam tu dia yg cium tangan aku… hehehe

mlm tu baby tak tido ngan aku, nurse yg jaga coz aku tak dibenarkan bangun untuk satu hari… esoknya, aku rasa belakang aku kebas… kesan dr bius tu.. nak duduk pon tak bleh….

tp yg sakit hati sgt kat nurse tu, mlm kedua tu baby dia letak kat sebelah aku.. pastu baby nangis… lapa agaknya… aku nak amik dia tp aku tak larat… nak duduk pon tak bleh… aku banyak kali cuba duduk… tp tak bleh… pastu sorang nurse tu dtg kat katil aku, marah2 kenapa biarkan anak menangis… aku ckp la nak bgn pon tak bleh… dia bleh kata ‘awak ni lembik!!’ - peh sakit betul ati aku…. aku rasa dia je la nurse yg paling kerek kat ctu…

pg esok, aku mmg nekad nak balik umah hari tu gak… pg2 lg aku try gak bangun.. pastu g mandi…. sblm doktor melawat katil aku nak bersiap… nak tunjukkan yg aku ni dah sihat.. dah bleh balik….

pagi tu masa doktor melawat katil, doktor kata baby masa dia operate tu, kedudukan dia ngah bersila kat dalam perut… terus doktor capai kaki dia dulu…. amboi.. anak mama senang lenang bersila dlm perut ya!

bila doktor tgk aku mcm dah sihat jer… dia bg aku balik hari tu gak….

baby tu aku namakan Ainul Mardhiah… Ainul Mardhiah Binti Suhaimi… semoga kelak menjadi seorang bidadari yg bijak dan patuh perintah Allah…

 InsyaAllah…



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review