Sahabat

Halaman

10 Oktober 2011

Lawatan Amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas, Puchong

By Dalia Hassan at Isnin, Oktober 10, 2011
Assalamualaikum wbt..

Pada Sabtu 8 Oktober yang lepas aku, Anne Tuah, Ieyla A.Rani dan Ustaz Zul Waqar telah mengikuti lawatan amal ke Rumah Orang Tua Al Ikhlas di Puchong. Lawatan amal ini dianjurkan oleh kelab The Red Warrior Lembah Kelang, yang disertai oleh Din bahagian perlesenan dan juga kawan2nya dari Kelab TRW Lembah Kelang. Sebenarnya kitorang bukanlah penyokong The Red Warrior, tapi oleh sebab kerja2 kebajikan, sentimen kenegerian kami ketepikan. Yang penting, kami dapat berbakti pada mereka2 yang memerlukan.

antara barang-barang perabot yang di dermakan ke rumah Al Ikhlas ni...

sian makcik ni.. dia ada sedikit masalah mental, tapi tidak membahayakan.. nampak dari segi butir2 percakapannya, kemungkinan dia dari latar belakang orang yang berkerjaya...


ermmmm... :'(

Ustaz Zul Waqar sedang berbual dengan pakcik ni.. Pakcik ni baru belajar berjalan semula setelah sekian lama terlantar...

huhuhuhu! camana lah nasib aku nanti bila dah tua? harap2 anak aku tak ketepikan aku bila dah tua nanti...

Ieyla menyuapkan nasi ke mulut Pak Engku.. Sian Pak Engku.. kakinya jadi membengkak dan busuk, angkara khianat saudara sendiri, semuanya disebabkan duit.. meleleh airmata dengar cerita dari pak engku... tapi rasa ralat juga, dia tanya ada ketupat tak? dia ingat kami ada bawakkan ketupat.. tapi takder... takper Pak Engku, InsyaAllah kalau ada kelapangan nanti kami akan ke sana nanti...




serius satu haram jadah aku tak paham bahasa diorang ni... tapi bak kata orang tua2, malu bertanya sesat jalan... so aku dengan muka ingin tahu tahap meluap2 aku pun tanya la pada brother2 tu, apa maksud "Kemah Keming Rapak Jik" dan makna keseluruhan pantun tu.. bro tu pun terangkanlah maksudnya satu persatu pada aku dan Ieyla.. beria2 aku dan ieyla menggangguk2 tanda faham... bila brother tu blah jer, Ieyla tanya aku, faham tak? aku terus gelak... sebab serius aku langsung tak faham apa brother tu terangkan... yer la... dah dia kecek kelate jugak masa terangkan tu, mana lah aku nak faham... hehehe.. tapi yang kelakarnya, kami jadik bahan diorang... asal bertembung jer, mesti brother tu cakap "Kemah Keming Rapak Jik"... perli kitorang la tu... hehehehe

Pakcik ni mualaf...


antara peserta yang mengikuti lawatan amal ni.. ahli kelab TRW Lembah Kelang

Ieyla sedang menuangkan air untuk pakcik ni...



Sepatutnya kami bersama2 geng TRW mengakhiri program dengan bergotong royong membersihkan rumah Al Ikhlas... Tapi, kami dikejutkan dengan satu berita sedih.... Ermm... aku akan ceritakan pada entry yang berikutnya.... :'(

10 comments:

kroll berkata...

T/Kasih Alia krn sudi share dlm blog....ahli kelab TRWLK bukan semata2 utk anak Klantan shj...S/Usaha kami orang perak..ada ahli dari terengganu, johor, neg.9....tukang masak ari tu pun org negori...:)
Kelab ini bertujuan melahirkan para penyokong yg disegani, berdisiplin dan berkebajikan.
Motto TRWLK...
Kemah Keming rapat Jit : Ikatan yang dijalin rapat atau terlalu erat.
Tok gogek sikit habuk : Tidak akan sesekali terurai ikatan
Tolok Tok degih : Hinggakan nak tolak pun x boleh (umpama tiang yg dipacak jauh ke dalam tanah)
Tabik Tok Getar : Umpama tabik kemas daripada badan uniform kpd DYMM Agong...
Ulasan keseluruhan : TRWLK ditubuhkan bagi mengeratkan silatulrahim penyokong2 bola sepak kelantan dan MALAYSIA amnya. Ikatan dan kerjasama yg terjalin dlm TRWLK sukar digugat sehinggakan penyokong negeri lain menghormati cara sokongan dari penyokong kelantan @ Malaysia...

Dalia Hassan berkata...

best kan kalau macam tu.. tengok kelab ni pon aktif... cam best jer... nak join bleh? hehehehe....

kroll berkata...

kelab ni baru saje selesai buat Kejohanan futsal dan majlis perasmian kelab sempena kelulusan pendaftaran dgn ROS dan SSM pada 20.11.2011...InsyaAllah kita akan buat majlis makan malam bersama2 100 anak yatim dari 5 rumah anak yatim terpilih...InsyaAllah jika tiada halangan...Group IPD kita akan jemput hadir sekali..

Dalia Hassan berkata...

oooo... aritu ieyla ada cakap nak join kelab ni... dia ada tanya aku sekali...nanti aku tanya anne, kalau diorg ok, aku ingat mmg nak join korang jugak la... best!

kroll berkata...

RM30 je ahli biasa...sape2 pun bleh join...

Dalia Hassan berkata...

memang kami nak join. I.Allah nanti bila2 kami daftar k... ;)

Unknown berkata...

nges sya ble tgk pkcik mkcik to....tsentuh aty sya...

Tanpa Nama berkata...

nges sya ble tgk pkcik mkcik to sume..sdey ble kenangkn nsb golongan tue...

Unknown berkata...

nges sya ble tgk pkcik mkcik to....tsentuh aty sya...

Dalia Hassan berkata...

Kan... Huhu!

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review