Top 5
-
Rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti... badan ni dah rasa tak tentu arah.. kan best kalau dapat menikmati keindahan panorama alam ...
-
Assalamualaikum wbt.. Pada Jumaat, 1 april 2016 telah diadakan satu majlis untuk meraikan Pegawai Kanan dan Anggota2 Trafik IPD Subang J...
-
Bahagiamu Deritaku Ku dengar kau cinta sangat padanya Ku dengar hatimu kini miliknya Dia kan menjadi teman sehidup dan semati Aku menjad...
-
Assalamualaikum wbt... Saja nak share lirik lagu ni kat sini... senang nak cari nanti... semenjak terdengar kawan aku nyanyi lagu ni, aku...
-
Entah kenapa... tiba-tiba... semuanya menjadi.... TAWAR
-
Assalamualaikum wbt... Gunung Chabang. Seriously sebelum ni aku tak pernah pun dengar pasal gunung ni. Sampailah Ila tanya kami nak per...
-
Assalamualaikum wbt.... Semalam aku udah selamat sampai dari bercuti ke Bandung bersama teman2ku... Asyik banget.. berada disana 4 hari 3...
-
Assalamualaikum wbt... Ini adalah misi menawan Puncak Gunung Yong Belar pada 14-15/10/2017, gunung ketiga tertinggi di Semenanjung Malay...
Pot Pet Situ Sana Sini
Contact Me
26 November 2012
Kempen Kesedaran Jenayah
Kredit : Facebook Polis Daerah Subang Jaya
KEMPEN KESEDARAN JENAYAH ANJURAN BERSAMA PDRM, MCPF, MPSJ DAN KOMUNITI SUBANG JAYA.
Subang Jaya - 25 November 2012 (Ahad) jam 10.00 pagi bertempat di Pusat Membeli Belah The Summit USJ, Subang Jaya – Prorgam Kempen Kesedaran Jenayah anjuran bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan pihak komuniti telah menganjurkan Kempen Kesedaran Jenayah yang telah dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Lee Lam Thye (Naib Pengerusi MCPF Malaysia), YDH DIG Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar (Timbalan Ketua Polis Negara), YDH SAC Dato’ Thaiveegan A/L Arumugam (Timbalan Ketua Polis Selangor) dan Y.Bhg Dato’ Asmawi Bin Kasbi (Yang Dipertua MPSJ). Objektif Program • Memberi kesedaran penerangan dan pemahaman kepada masyarakat untuk bersama-sama membantu pihak berkuasa bagi membanteras jenayah. • Kempen ini juga adalah salah satu usaha, kaedah dan pendekatan untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi menyedarkan mereka supaya menjaga keselamatan diri dan harta benda seterusnya mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penjenayah. • Menyedarkan dan mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak boleh mengharapkan polis semata-mata untuk mencegah jenayah. Ini kerana semua pihak perlu berganding bahu dalam mencegah dan membanteras jenayah. • Menyedarkan masyarakat bahawa mereka boleh membantu meringankan beban pihak berkuasa menjalankan tugas dengan menjadi ‘Mata’ dan ‘telinga’ pihak berkuasa. • Program dan aktiviti yang dijalankan dapat member panduan kepada masyarakat untuk mengambil langkah-langkah awal keselamatan dan pencegahan sebelum berlaku kejadian jenayah. Pelbagai program dan acara menarik telah disusun bagi menjayakan kempen ini. Antara program yang akan dijalankan ialah ceramah yang akan disampaikan oleh ASP Foo Chek Seng (Pegawai Perhubungan Awam dan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman) dan ceramah bertajuk ‘My Distress’ oleh DSP Mohammed Mohsein Bin Mohamed Zon (Ketua Editor NKRA Selangor), deklamasi sajak bertajuk ‘Crime Awareness’ oleh Prof Madya Dr. Lim Swee Tin (Pensyarah Kesusasteraan Melayu dari Fakulti Bahasa Medon & Komunikasi Universiti Putra Malaysia) dan penyampaian resolusi oleh wakil Kumpulan Belia MPSJ Mencegah Jenayah dan lawatan ke booth-booth pameran.
Alia : Aku terlibat tau dalam kempen ni... Ahad pun kena keje.. huhuhu! tapi tak apa lah, dah tugas....
Categories
PDRM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan