Sahabat

Halaman

04 Ogos 2016

Program Keusahawanan Sosial

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 04, 2016


Assalamualaikum wbt...


Bagi mata pelajaran Keusahawanan Sosial yang aku ambil bagi semester ni, kami dikehendaki membuat satu program bagi membantu masyarakat dalam meningkatkan pendapatan mereka. Selain itu, kami juga perlu membantu mereka untuk menyediakan Rancangan Perniagaan dalam usaha mendapat suntikan modal dari Institusi Kewangan yang dipilih.


Setelah dua tiga kali usul team kami di tolak oleh pensyarah, akhirnya idea saat akhir kami diterima. Program Transformasi Komuniti Keusahawanan Sosial, "Product Value Added To Increase Profit" yang dijalankan dengan kerjasama Jawatankuasa Wanita KRT Seri Nilam, Ampang dipilih sebagai projek keusahawanan sosial kami.


Dengan disertai oleh lebih kurang 15 orang penduduk Pangsapuri Seri Nilam, program dimulakan dengan ceramah motivasi yang diberi oleh Azri a.k.a Aerick. Selesai ceramah motivasi, setiap seorang peserta di beri peluang untuk mencuba sendiri bagaimana cara untuk menambah baik tudung yang kami sediakan bersama aksesori yang disediakan mengikut kreativiti masing-masing. Dan sebagai ganjaran, kami hadiahkan tudung tersebut kepada mereka sebagai tanda penghargaan.



Dimulakan dengan ceramah motivasi..

pembentangan menggunakan slide...


Demo dilakukan oleh my adik kepoh @ Ziela..








































Seronok bila tengok diorang happy. Dan, kami terlebih happy sebab dah selesai satu tugasan. Lepas ni focus pada Rancangan Perniagaan pulak.




Good Luck team!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Debab (Daebak!) Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review